Saya cadangkan lebih awal terima PAS sebahagian dari Kerajaan Perpaduan
Saya tidak mahu berkata apa-apa berhubung kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa wawancara dengan majalah Time bahawa beliau tidak menolak PAS menyertai kerajaan perpaduan jika syarat dasar diterima.
Bagaimanapun, seseorang menulis surat di Malaysiakini mengatakan ini bukanlah satu cadangan baru kerana saya telah mengemukakannya pada Mei lalu, ketika saya mengaku saya telah “terjatuh ke dalam ranah hipokrisi dan putus asa, mengorbankan prinsip demi kestabilan yang bersifat di permukaan.”
Namun ia sebenarnya tidaklah begitu.
Dalam kenyataan saya pada 29 Mei 2023, saya menyebut bahawa saya secara peribadi menyokong idea PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan Anwar walaupun saya tidak membincangkannya dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke atau mana-mana pemimpin DAP yang lain, tetapi PAS mesti menunjukkan perubahan sikap untuk menunjukkan bahawa ia menyokong titah Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan politik dan perpaduan nasional di Malaysia
Sebagai permulaan, saya bertanya, adakah (Abdul) Hadi bersedia untuk menarik balik dan memohon maaf atas pelbagai tuduhan liar dan tidak masuk akal yang dia buat terhadap saya dan DAP?
Kedua, adakah ahli parlimen PAS akan menunjukkan bahawa mereka akan berhenti mempermainkan isu perkauman dan agama dan menjadi ahli parlimen contoh yang menyokong kestabilan politik dan perpaduan negara?
Ketiga, adakah PAS akan menyokong objektif untuk menjadikan Malaysia contoh teladan kepada dunia untuk mengadakan dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan peradaban?
Keputusan enam pilihan raya negeri dan dua PRK Pulai dan Simpang Jeram di Johor serta PRK Pelangai di Pahang telah menstabilkan keadaan politik Malaysia untuk empat tahun akan datang serta memberi harapan agar Malaysia dapat bangkit semula sebagai sebuah negara bertaraf dunia yang hebat.
LIM KIT SIANG ialah veteran DAP dan bekas ahli parlimen Iskandar Puteri.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?
- Pendang diarah keluar Dewan lagi
- Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain
- Aku tiada di rumah masa kejadian tapi ‘live’ demi mak – Syafiq Amzah
- Skirt Vivy Yusof berharga RM16,000 tarik perhatian ramai
- Zul Ariffin kembali bercinta dengan Gayatri?
- Lima cara menekan Israel
- Kenapa Hamas serang Israel?
- Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut
- Kau ‘bantai’ kakak, adik, mak kau – bekas isteri Syafiq Amzah
- Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu
- Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh
- ‘Stay safe’ Gadot, Raja Ilya dikecam netizen sokong artis Yahudi
- Bella tak percaya suami ke, soal netizen
- Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim
Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit
GV10: Sah Elly Mazlein undur diri