Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu

Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu

Pempengaruh media sosial, Ubai meluahkan rasa simpati terhadap isterinya, penyanyi Shila Amzah yang terpaksa berdepan dengan kemelut dalaman keluarga.

Luahan itu dibuat Ubai, 25, di aplikasi X petang tadi.



Ubai berkata, isterinya berdepan pelbagai dugaan sepanjang 33 tahun hidup.

Katanya, Shila dikerah bekerja seawal usia 10 tahun, malah isterinya tidak pernah memegang wang tunai dan kad bank sehingga usia 28 tahun.

“Isteri bekerja seawal usia 10 tahun. Dia tidak pernah pegang duit, kad bank termasuk kad pengenalan sendiri.

“Sebaliknya, Shila dikerah berkerja dan setiap bulan, pasti ada sahaja perlu dibayar dan ditunaikan.



“Keluarganya mendakwa itu tugas anak sulung dan jangan jadi anak derhaka. Sebab itulah, Shila akan dahulukan keluarga dalam segala hal,” dedah Ubai.

Ubai mendedahkan, isterinya mengalami penderaan mental dan fizikal pada perkahwinan pertamanya.

Shila dikatakan terpaksa menanggung bekas suami, Haris Idraki termasuk melangsaikan hutang keluarga yang dianggarkan mencecahkan ratusan ribu.

“Dia berkahwin atas pilihan keluarga. Sepanjang tempoh tiga tahun perkahwinan Shila alami trauma kerana terpaksa menanggung bekas suami.



“Shila mulakan hidup baharu selepas bercerai, namun terpaksa menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Biarpun hutang berjaya dibayar, tetapi isteri masih menanggung keluarga sehingga hari ini secara bersendirian.

“Ramai cerca dan hina Shila. Hanya Shila sahaja tahu apa yang dilalui sepanjang 33 tahun kehidupannya.

“Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah,” katanya.

Dalam pada itu, Ubai berkata, Shila cuba bangkit pada perkahwinan kedua, namun dugaan tidak berakhirnya.



Ubai menyangka kehilangan ibu dan adiknya dalam jangka masa singkat sudah cukup memeritkan, tetapi nyata dugaan dilalui isterinya lebih hebat lagi.

“Gagal dalam perkahwinan pertama, Shila mulakan kehidupan baharu pada perkahwinan keduanya.

“Namun, masih tidak mudah untuk Shila lalui. Walaupun dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baharu yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat hanya sementara.

“Dia kehilangan ibu mentua beberapa hari sebelum bernikah dan adik ipar seminggu sebelum bertunang.



“Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dan penuh dugaan. Nyata, ada yang lebih besar untuk orang lain.

“Inilah kisah seorang wanita hebat yang saya kenali,” katanya.

Sebelum ini, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, dalam sesi siaran langsung di TikTok mengakui tindakan menjual kediaman banglo atas pilihannya sendiri kerana mahu mencari kediaman lebih baik untuk keluarga. BH

Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker