2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf

MELAKA: Seorang kedi wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul oleh dua pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel, di sebuah kelab golf di Alor Gajah, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata pihaknya menerima laporan pada hari sama daripada wanita berusia 21 tahun terbabit yang mendakwa insiden berlaku ketika dia sedang bekerja di kelab golf itu.

Susulan itu, katanya, satu kertas siasatan dibuka dan kedua-dua pegawai kanan tentera berumur 50-an terbabit dipanggil bagi membantu siasatan pada Jumaat lalu.



Beliau berkata, pihaknya juga menerima dua lagi laporan polis berkait dakwaan insiden cabul berkenaan, yang dibuat oleh seorang daripada suspek terbabit dan rakan sekerja kedi wanita itu.

“Suspek terbabit membuat laporan menafikan kejadian itu, manakala satu lagi laporan dibuat rakan sekerja kedi wanita itu yang berusia 35 tahun dengan menyatakan dia tidak melihat insiden berkenaan berlaku.

“Justeru, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga



Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?



Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker