Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]

Tangkap layar video tular menunjukkan motosikal yang ditunggang Md Izzat Zaidi Md Salehan terbabas sebelum merempuh pagar di tepi litar ketika perlumbaan Cub Prix di Litar Bandar Medini, dekat Iskandar Puteri, Johor Bahru semalam.

Seorang pelumba motosikal Cub Prix, Md Izzat Zaidi Md Salehan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam satu kemalangan di Litar Bandar Medini, dekat Iskandar Puteri, Johor Bahru semalam.

Menurut Bernama, pelumba pasukan CKJ Racing Team berusia 27 tahun itu dilaporkan mengalami patah tulang rusuk kiri dan pendarahan di bahagian paru-paru.

Pengurus Pasukan CKJ Racing Amer Saad berkata Izzat kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah selepas menjalani pembedahan pada jam 4 pagi tadi.

“Izzat masih bergantung 100% pada mesin bantuan pernafasan dan menurut doktor mereka akan tunggu dalam masa 48 jam untuk melihat sama ada masih terdapat pendarahan di paru-paru,” katanya kepada Bernama.



@shahirasyazwani

Mohon kepada semua rakyat Malaysia mendoakan buat pelumba negara Izzat Zaidi kembali sembuh seperti sediakala. Md Izzat Zaidi kemalangan semasa superpole semalam di Malaysian cubprix di Bandar Medini Johor. #malaysiacubprix

♬ original sound – shahirasyazwani – shahirasyazwani

Terdahulu, video yang dipercayai kemalangan membabitkan pelumba berasal dari Selangor itu turut tular di Facebook.



Rakaman berdurasi 26 saat itu menunjukkan jentera yang ditunggang Izzat sewaktu sesi perlumbaan Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan sebelum merempuh ke pagar keselamatan di tepi litar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker