Kisah benar wanita kandung anak jin di Terengganu

Seorang wanita yang tidak pernah berkahwin, tidak pernah adakan hubungan dengan lelaki, berzina mahupun dirogol didakwa mengandungkan ‘benih’ jin disebabkan angkara sihir di Terengganu.

Kisah benar itu telah diceritakan sendiri oleh penceramah bebas, Ustaz Ariffin Ayob menerusi satu klip video ceramahnya berkata, kejadian tersebut diketahui selepas satu kejadian yang berlaku di salah sebuah hospital di negeri tersebut.

Jelasnya, wanita terbabit hanya mengandungkan benih jin hanya selama empat jam sahaja selepas bermimpi seorang lelaki yang memujuknya untuk menjaga anak lelaki itu.

“Saya diberitahu oleh jiran wanita tersebut di sebuah kedai kopi, kami ke hospital dan pihak di sana bertengkar sebab buku merah wanita itu tiada. Saya kata uruskan dulu nanti saya akan cerita kemudian.

“Ajaibnya wanita itu hanya mengandung selama empat jam sahaja, asal seperti telur ayam kemudian membesar di perutnya. Dia lahir juga sungguh mudah, darah sedikit sahaja keluar,” jelasnya.

Tambahnya lagi, ujian DNA turut dilakukan oleh seorang pakar di sebuah hospital di Kuantan dan ternyata selepas dinilai darah bayi itu bukan dari kategori darah manusia.

“Bukan darah B, bukan B+ ataupun O, darah budak itu tadi bukan darah manusia, pakar di Kuantan yang telah sahkan perkara ini.

“Apa yang nak diceritakan di sini sebenarnya, ketika zaman nabi Isa A.S, maknya Mariam juga seorang wanita yang mengandungkan baginda tanpa suami dan tanpa melakukan hubungan intim, ini semua kuasa Allah dan ingin buktikan tentang mukjizat.

“Namun dalam zaman ini, ia bukan satu mukjizat tetapi definisinya adalah dunia akhir zaman, ini tanda akhir zaman, tidak mustahil bagi Allah untuk tunjukkan kisah ini,” jelasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker