ADUN PH Sabah tarik saman, PM ucap terima kasih

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaannya kepada sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah yang telah menarik saman kepada kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, usaha untuk melaksanakan janji yang dimeterai dalam MA63 dilakukan oleh kerajaan pimpinannya dengan sedaya upaya.

“Baru-baru ini ADUN-ADUN sebahagian daripada PH telah mencabar kerajaan dalam isu pelaksanaan MA63.



“Saya ucap terima kasih kerana mereka telah menarik saman terhadap kerajaan Persekutuan kerana sejak kita ambil alih kerajaan, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sedia maklum saya telah arahkan sedaya upaya kita untuk melaksanakan apa yang kita janjikan.

“Bapa-bapa pada tahun 1963 dalam perjanjian Malaysia telah menjanjikan untuk melaksanakan beberapa hal yang dimeterai hasil daripada muafakat antara pemimpin Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Jadi tugas itu tentulah dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu.

Beliau dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa kerjasama erat dengan kerajaan negeri akan diteruskan.



“Saya akan beri jaminan, hubungan dan kerjasama erat dengan sahabat saya Datuk Seri Hajiji kita akan terus meningkatkan usaha dan mendengar apa-apa langkah lain yang dinyatakan.

“Jadi sekali lagi saya berterima kasih dengan rakan-rakan ADUN yang menarik balik saman supaya kita boleh menjalin kerjasama dan meningkatkan usahasama,” katanya.

Baru-baru ini menerusi satu kenyataan, 12 ADUN PH Sabah menarik balik saman pemula (OS) bagi mendapatkan satu perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker