Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS

“Apabila kita bercakap (mengenai parti lain), itu yang kita (sepatutnya) lakukan, bukannya melakukan perkara sebaliknya,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung keputusan Pas yang tidak mempertandingkan lima jawatan utamanya pada pemilihan parti, bulan depan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau secara peribadi tidak mahu mencampuri soal terkait pemilihan parti lain.



Menurutnya, UMNO tidak melakukan perkara seumpama itu malah, amat terbuka apabila ada pemilihan dalam parti.

“Apabila kita bawa resolusi (tiada pemilihan parti), ia akan dibawa di Perhimpunan Agung UMNO terlebih dahulu. Tetapi parti berkenaan tidak melakukan sebegitu.

“Sebaliknya ia dilakukan ikut satu perintah daripada pemimpin utamanya. Itu pun mereka masih katakan mereka telah membuat pendekatan yang cukup islamik,” katanya ketika ditemui selepas program Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.



Menurutnya, lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengambil alih teraju kepimpinan Pas daripada mantan presiden Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, sekali gus menjadi pemimpin nombor satu paling lama menyandang jawatan berkenaan.

Malah, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula memegang jawatan Timbalan Presiden Pas sejak 2015.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker