Nabil perjelas isu Mamat

#GV10

Nabil perjelas isu Mamat

SEMINGGU berlalu, namun darjah kepanasan konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza (GV10) masih membahang dengan variasi sensasi.

Bak kata rata-rata khalayak, bukan GV andai tiada sebarang kontroversi.



Tanpa drama, penganjuran program realiti pertandingan melibatkan penyertaan penyanyi berpengalaman tersebut barangkali sekadar ada.

Pada minggu pembukaan Ahad lalu bukan persembahan 16 peserta jadi bualan mahu pun komen juri, sebaliknya lebih tertumpu kepada celoteh pengacara Nabil Ahmad mengenai vokalis Exists, Mamat yang disifatkan netizen sebagai jenaka tidak beretika.

Bagi Nabil, pengalaman mengendalikan pentas GV sejak musim pertama sekitar 2014 yang sarat warna, selain berdepan pelbagai kecaman sudah cukup membuatkan dirinya berhati-hati kala berbicara.

Katanya, pengalaman sedekad bersama rancangan popular sudah dijadikan sandaran supaya sentiasa menjaga mulut.



“Ketika awal dahulu, saya akui kurang sensitif hingga mencetuskan rasa kurang senang ramai. Jadi, saya sentiasa beringat apatah lagi skrip turut dipantau pasukan produksi.

“Sudah tentu saya tidak akan menyentuh hal yang boleh mengaibkan seseorang, apatah lagi Mamat sebagai seorang legenda dalam dunia seni.

“Ini semua salah faham kerana apa yang orang fikir lari jauh daripada maksud sebenar yang cuba saya sampaikan. Tak mungkin saya nak hancurkan kerjaya sendiri dalam program siaran langsung,” katanya.

Enggan terus dijadikan modal perdebatan yang belum tentu corak pengakhiran, penerima trofi Pengacara Hiburan Terbaik Anugerah Asian Academy Creative itu berharap hal Mamat tidak lagi disensasikan.



Bagi Nabil, paling utama sekarang adalah memberikan fokus terhadap tugasan yang dirasakan agak mencabar apabila edisi 2023 menyaksikan pertaruhan barisan juara serta peserta ‘hot seat’ yang bukan calang-calang.

Elly Mazlein juga dirasakan segelintir khalayak sebagai terlalu sarat dan menyesakkan mata di pentas GV10.

Tambah figura berusia 38 tahun tersebut, semua komen dijadikan peringatan agar tidak terbawa-bawa emosi dan menjadi lebih profesional walaupun masih ‘gila-gila’.

“Sebagai pengacara, saya dan rakan-rakan sentiasa berusaha untuk menghidupkan program popular ini selain memastikan setiap bicara kami tidak menjatuhkan mana-mana pihak.



“Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan memahami tugas.

“Saya yakin itu perkara yang dirasai semua hos terutama membabitkan program secara langsung,” ulasnya lagi.

Selain Nabil, GV10 yang menyaksikan maestro muzik, Datuk Ramli MS serta penghibur Indonesia, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri utama turut membariskan Jihan Muse serta Elly Mazlein sebagai hos.

Isu panas diperkatakan apabila pengacara gandingan iaitu Elly mempersoal keberadaan Mamat dalam GV10 sedangkan seorang lagi vokalis band itu, Ezad Lazim diundi masuk mengisi kuota ‘hot seat’ musim ini.



Kata Nabil, Mamat tidak menyertai GV pada kali kali ini kerana berada di tempat yang lebih tinggi sebelum disahut Jihan yang mengatakan penyanyi itu sedang hiking (mendaki).

Ungkapan menyebut bahawa Mamat berada di ‘tempat tinggi’ bagi Nabil membawa maksud Mamat berada di kelas legenda dan tidak dapat bersama yang lain kali ini. K Online

Nabil perjelas isu Mamat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker