Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Tuah Wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Buang dialek Sabah dan bertutur bahasa Melayu dengan baik menjadi cabaran buat pelakon kelahiran Keningau, Tracie Sinidol.

Namun, alah bisa tegal biasa. Biarpun tidak mempunyai ramai kenalan, namun Tracie cuba memperbaikinya dengan mendekati rakan pelakon dan kru balik tabir di lokasi penggambaran.



Tracie berkata, dia menyedari kelemahannya, malah mengambil berat mengenai komen diterima setiap kali menjayakan drama, justeru sentiasa berusaha untuk belajar.

“Saya belum ramai kawan, jadi fikir bagaimana nak belajar memperbaiki bahasa Melayu. Bila datang ke lokasi penggambaran, saya bercakap dengan kru dan rakan pelakon.

“Dari situ, saya boleh belajar dan lama kelamaan dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

“Namun, saya teruskan belajar sebab saya baru menetap di Kuala Lumpur selama setahun, boleh dikatakan baru lima bulan saya perlahan-lahan belajar perbaiki bahasa Melayu.



“Saya takut juga orang luar mempertikaikannya, tetapi saya buat yang terbaik untuk memperbaiki. Tak bolehlah anggap bahasa Melayu terus bagus, semua ini ambil masa,” katanya kepada BH Online.

Tracie ditemui pada sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta, adaptasi drama bersiri popular Korea Selatan, Autumn In My Heart, baru-baru ini.

Katanya, dia banyak belajar bersama hero gandingannya, Redza Rosli dan pengarah, Muhamad Riza Baharudin agar wataknya dapat disampaikan dengan baik.

“Saya cepat gemuruh. Jadi, saya banyak bertanya kepada Redza dan Riza supaya selesa bekerja serta tidak tertekan.



“Bila selesa, tiadalah perasaan gemuruh. Jujurnya, awalnya, saya rasa Riza garang, tetapi saya mula selesa dengannya.

“Ini pun drama ketiga, jadi saya banyak belajar daripada pengalaman terdahulu.

“Saya tak nafikan menjayakan drama sangat tertekan, lebih lagi menjiwai watak Nuha yang emosional dan banyak adegan menangis.

“Bila balik rumah saya buat ulang kaji. Saya bersyukur rakan pelakon dan pengarah banyak membantu,” katanya yang kali pertama memikul tanggungjawab sebagai tunjang utama.



Sementara itu, Tracie juga menolak dakwaan wajahnya seakan-akan Mira Filzah menjadi kelebihan untuk mendapat watak utama dalam drama.

“Tidaklah, lakonan dalam drama ini bukannya pasal muka sahaja. Macam mana pun kita perlu ada bakat.

“Untuk drama ini, saya datang uji bakat dan dipilih. Saya pun tak sangka saya dapat watak utama.

“Bila diberitahu, saya terkejut, tetapi ini kerana mereka percaya saya boleh membawakan watak Nuha dengan baik.



“Saya juga percaya peluang tidak selalu datang. Ia jarang datang dua kali, jadi kalau saya tak keluar daripada zon selesa, bila lagi saya mahu sahut cabaran ini,” katanya.

Tambah Tracie, dia optimis melangkah lebih jauh dan serius dalam bidang lakonan selepas menjayakan drama Luruhnya Bunga Cinta,

Drama Luruhnya Bunga Cinta ditayangkan di slot Akasia TV3 sejak 19 September lalu.

Selain Tracie dan Redza, drama itu turut dibintangi Aniq Durar, Bella Luna, Auni Yusrii, Nabila Razali dan ramai lagi.



Terdahulu, Tracie pernah tular apabila raut wajahnya dikaitkan dengan beberapa selebriti popular termasuklah Mira Filzah dan Diana Danielle.

Gadis peranakan Murut dan Dusun ini pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan, selain menyertai pertandingan Dewi Remaja 2022. BH

Tuah Wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker