Umar Osman gagal di peringkat saingan

Umar Osman gagal di peringkat saingan

HANGZHOU: Atlet olahraga 400 meter (m) negara, Umar Osman harus diberikan pujian biarpun dia gagal menempatkan diri ke acara akhir acara itu di temasya Sukan Asia, Hangzhou kali ini.

Umar sudah melakukan yang terbaik dan melayakkan diri ke temasya kali ini secara merit.



Tiga rekod kebangsaan dalam tahun ini, bermula di Sukan SEA Kemboja (46.34 saat) diikuti dua kali di Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China (46.33s dan 46.09s) membuktikan dia mampu untuk terus mencatatkan nama dalam dunia olahraga negara.

Mengakui kecewa selepas acara saringan semalam, Umar berkata dia sudah memberi yang termampu namun rezeki tidak memihak kepadanya.

“Tahun ini saya berdepan terlalu banyak kejohanan. Empat kejohanan ujian dan 11 kejohanan.

“Lima kejohanan utama untuk saya tahun ini. Bermula dengan Kejohanan Olahraga Tertutup untuk kelayakan ke Sukan Sea kemudian saya beraksi di Sukan Sea diikuti ATF (Kejohanan Olahraga Asia) dan WUG (Kejohanan Universiti Dunia) misi untuk layak ke Sukan Asia.



“Alhamdulillah misi tercapai tapi di Sukan Asia kali aksi saya sedikit merudum dan saya tak berpuas hati dengan larian saya kerana melakukan banyak kesalahan terutama ketika permulaan larian,” katanya.

Pada aksi peringkat saringan semalam Umar mencatatkan masa 46.58s untuk menduduki tempat keempat saringan ketiga.

Saringan berkenaan dimenangi pelari Jepun, Sato Fuga yang mencatatkan masa 45.56s diikuti pelari Arab Saudi, Yousef Ahmed M Masrahi (45.64s).

Hanya dua pelari dalam setiap saringan akan layak ke peringkat akhir. Catatan masa Umar itu meletakkan dirinya di kedudukan ke-11 keseluruhan dari 22 atlet yang bertanding. BH



Umar Osman gagal di peringkat saingan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker