Faizal Hussain didakwa pegang tangan bekas penyampai berita terkenal

Faizal Hussain didakwa pegang tangan bekas penyampai berita terkenal

Seorang penolong pengurus eksekutif didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita yang juga bekas penyampai berita televisyen terkenal tiga bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh Mohd. Faizal Hussain, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 54 tahun dengan memegang tangan mangsa dengan tujuan untuk mencabul kehormatannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Damansara di sini pukul 1 tengahari pada 13 julai lalu.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu mangsa dan saksi dalam kes ini.



Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md. Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Nor Afiqah Mohd. Ashriee.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 November bagi sebutan semula kes. K Online

Faizal Hussain didakwa pegang tangan bekas penyampai berita terkenal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker