Pemilihan Bersatu: Kumpulan Muhyiddin vs Kumpulan Hamzah

Penganalisis politik daripada Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan Hamzah adalah individu paling layak menggantikan Muhyiddin sekiranya bekas Perdana Menteri itu enggan mempertahankan jawatan Presiden, dalam pemilihan parti akan datang.

Bagaimanapun ujarnya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kerusi Presiden, maka besar kemungkinan Hamzah akan bersaing sengit dengan Ahmad Faizal untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Bersatu.

“Saya melihat Ahmad Faizal mungkin bergelut untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden jika dicabar oleh Hamzah kerana aura dan pengaruhnya tidak sekuat Ahli Parlimen Larut yang kini memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen,” ulasnya.



Sebelum ini, Bersatu menangguhkan proses pemilihan pemimpin parti di peringkat akar umbi dan tertinggi selama 18 bulan mulai November 2022 bagi memberi laluan kepada PRU15 dan pilihan raya negeri (PRN), baru-baru ini.

Dalam pada itu, Azmi juga tidak menolak kemungkinan Rina dan Ketua Armada Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing kerana berhasrat bertanding merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Tegasnya, jika Rina dan Wan Ahmad Fayhsal masih mahu mempertahankan kerusi Ketua Srikandi Wanita dan Ketua Armada, maka mereka akan dicabar oleh pemimpin lebih muda dan segar.

Bagaimanapun ulasnya, perkara sebaliknya berlaku apabila Tengku Zafrul bukan hanya tidak menyertai Bersatu, malah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu sebenarnya sudah lama menjadi ahli UMNO.



“Kelemahan dan keputusan Muhyiddin itu menunjukkan beliau kini tidak lagi layak untuk terus menerajui Bersatu dan PN,” katanya.

Jelasnya, walaupun kurang sebulu dengan Muhyiddin, namun Hamzah tidak akan ‘melanggar’ bekas Perdana Menteri itu untuk merebut jawatan Presiden, sebaliknya beliau lebih selesa bertanding kerusi nombor dua parti yang kini disandang oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Muhammad Faiz tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan sengit antara kumpulan pemimpin yang menyokong Muhyiddin dan Hamzah dalam pemilihan parti tahun depan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, ketua sayap dan MPT.

Antara pemimpin menyokong Hamzah yang mungkin bertanding jawatan Naib Presiden dan Ahli MPT Bersatu termasuklah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr Ab Latiff Ahmad, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.



Kem Muhyiddin pula terdiri daripada Ahmad Faizal, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin serta mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Harun.

“Keputusan sama ada Hamzah berani mencabar kedudukan Muhyiddin atau tidak bergantung kepada sama ada bekas Menteri Dalam Negeri itu melepasi syarat tempoh minimum berapa tahun menjadi ahli dan berapa lama memegang jawatan dalam parti,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan perlembagaan parti, mana-mana ahli yang berhasrat untuk bertanding jawatan Top 5 atau kedudukan lima tertinggi parti perlu menganggotai MPT sekurang-kurangnya dua penggal penuh.

Antara pemimpin MPT yang dikatakan melepasi syarat sudah menjadi ahli selama dua penggal untuk bertanding jawatan Top 5 termasuklah Hamzah, Ahmad Faizal, Rosol, Mohd Radzi, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (penyandang Naib Presiden).



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker