Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita

Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita

PELAKON mendedahkan dirinya pernah bertindak membelasah seorang kru produksi filem seram Cerana Biduk Bu Merah selepas tertangkap mengintai pelakon wanita baharu, Sara Daewoo, lima tahun lalu.

Menurut Pekin atau Mohd Izhan Ibrahim, 42, dia hanya menyedari lelaki terbabit berkelakuan tidak senonoh selepas Sara memberitahunya yang ketika itu berada di inap desa.



“Insiden itu berlaku sewaktu kami menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak. Kru dan pelakon ditempatkan di dua inap desa berbeza.

“Ketika itu saya bersama kawan dalam perjalanan ke tempat penggambaran. Manakala, Sara berada di inap desa wanita.

“Waktu itulah, Sara mengadu kepada kawan saya yang ada seorang kru mengintai dan merakam dirinya menggunakan telefon bimbit. Kami terus patah balik ke sana,” katanya kepada URTV.

Pekin berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui pada pratonton filem Cerana Biduk Bu Merah yang berlangsung di TGV di sebuah pusat beli-belah, Kuala Lumpur.



Lebih membuatkan kemarahannya semakin membuak apabila individu tersebut berlakon seolah-olah seperti tidak ada apa yang berlaku.

Malah, kru tersebut turut mempelawa dirinya untuk solat berjemaah bersama selepas perbuatannya diketahui.

“Budak tu siap ajak saya solat jemaah sama-sama dan siap tolong bentangkan sejadah sekali. Tapi bila dah kantoi dia buat-buat sembahyang.

“Saya bantai budak tu sebab dah tak tahan sabar sangat selepas dia memberikan pelbagai alasan bila saya minta telefon bimbitnya.



“Saya nampak kru tu macam nak padam video-video yang diambil untuk hilangkan bukti. Selepas itu, barulah saya menghubungi pengarah, Haizul Anafer Ali.

“Sepanjang saya berlakon, saya tidak pernah pukul orang. Saya tidak boleh tahan dengan kelakuannya yang kurang ajar,” ujarnya.

Jelas Pekin, kru terbabit memberikan alasan mahu menumpang solat di inap desa wanita sedangkan kediaman sementara untuk kru lelaki telah disediakan oleh produksi.

“Apa yang peliknya, budak kru tu daripada set penggambaran yang agak jauh pergi ke rumah pelakon wanita semata-mata nak tumpang solat… sedangkan ada saja rumah untuk pelakon lelaki ada sahaja.



“Kru tersebut dibawa ke Balai Polis dan ditahan polis untuk siasatan. Walaupun filem ini genre seram tapi saya rasa kes ini lebih ‘menyeramkan’.

“Ini merupakan kejadian pertama saya pukul orang sepanjang saya terbabit dalam bidang lakonan sejak 2002. Memang saya tak sangka akan berhadapan dengan perkara tersebut.

“Saya kesal kerana kru itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sudahlah dia melakukan perkara tidak bermoral, dia sempat ‘menunggang agama’ dan berpura-pura mengajak solat,” katanya.

Sementara itu, pengarah filem tersebut iaitu Haizul Anafer Ali berkata, kru tersebut merupakan kakitangan baharu ketika itu.



Selepas kejadian, kru produksi terbabit telah pun diambil tindakan oleh pihak polis dan direman selama tiga hari sebelum dihantar pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya tidak bersetuju dengan tindakan kru tersebut yang mengintai pelakon perempuan… kalau betul suka beritahu sahaja, tak perlu buat seperti itu.

“Budak itu telah dimasukkan ke dalam penjara selama tiga hari dan kami pun tidak mahu dia masuk semula ke set penggambaran.

“Selepas tiga hari pihak polis terus menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.



Selain Pekin, Cerana Biduk Bu Merah turut dibintangi pelakon popular termasuk Fasha Sandha, Wan Hanafi Su dan Badrul Muhayat.

Filem terbitan Goldhill Pictures itu akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Oktober depan.

Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker