Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
MOSCOW: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dijangka melawat Moscow, media berita Russia memetik utusan Palestin ke Moscow sebagai berkata lewat semalam.
“Kami sedang menunggu kenyataan rasmi daripada Kremlin, dari pihak Russia, mengenai bila lawatan itu akan dilakukan,” kata saluran berita RBC Russia, memetik Duta Besar Abdel Hafiz Nofal sebagai berkata.
“Persetujuan telah dicapai bahawa Presiden Abbas akan datang ke Moscow.”
Secara berasingan, beliau memberitahu televisyen negara Russia bahawa kedua-dua pihak mengekalkan hubungan.
Semalam, Israel mengenakan sekatan sepenuhnya ke atas Semenanjung Gaza selepas serangan hujung minggu yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh kumpulan pejuang Hamas.
Russia yang mempunyai hubungan dengan negara Arab, Iran dan Hamas serta Israel, mengutuk keganasan terhadap kedua-dua pihak dan menuduh Amerika Syarikat mengabaikan keperluan untuk negara Palestin yang merdeka.
Presiden Russia Vladimir Putin kali terakhir bertemu dengan Abbas setahun lalu di program sampingan sempena persidangan serantau di Kazakhstan.
Kali terakhir Abbas melawat Russia dua tahun lalu, menurut media Russia. – REUTERS
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.