Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan

Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan

SERANGAN ‘menggila’ tentera rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza sejak Sabtu bakal menjadikan wilayah itu berada di ambang krisis kemanusiaan baharu.

Keadaan itu diburukkan dengan langkah Israel pada Isnin mengenakan kepungan penuh ke atas Gaza sekali gus menyaksikan bekalan elektrik, makanan, bahan api dan air akan terputus jika bekalan tidak dibenarkan masuk.



Penduduk Gaza mendakwa, sebarang bentuk keperluan utama penduduk masih belum tiba di semenanjung itu sejak Sabtu.

Serangan udara rejim Zionis jelas bukan hanya menyasarkan kumpulan Hamas sebaliknya menjadikan orang awam sebagai sasaran utama apabila banyak kediaman penduduk dibom.

Malah dua wartawan Palestin turut dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera rejim dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berikrar akan mengerahkan semua pasukan tenteranya memerangi Hamas.

Menurut Al Jazeera, konflik antara kedua-dua belah pihak setakat ini meragut kira-kira 900 nyawa di pihak Israel manakala 690 lagi di pihak Palestin.



Konflik itu juga mengakibatkan sekurang-kurangnya 137,427 penduduk Gaza telah melarikan diri dan mencari perlindungan di 83 sekolah manakala 41,000 penduduk mencari perlindungan di rumah saudara mara di wilayah itu.

Semenanjung Gaza menempatkan kira-kira 2.3 juta orang penduduk Palestin secara keseluruhan dengan 80 peratus daripadanya bergantung kepada bantuan kemanusiaan berikutan konflik yang berterusan dengan Israel.

Wilayah itu diperintah oleh Hamas tetapi Israel mengawal ruang udara dan garis pantainya selain mengehadkan pihak dan jenis barangan yang boleh melintasi sempadannya.

Langkah hampir serupa dikenakan Mesir yang mengawal ketat barang atau pihak yang boleh melalui sempadannya dengan Gaza.



Menurut jurucakap setiausaha agung PBB, Stéphane Dujarric, lebih sedozen pekerja penjagaan kesihatan telah terbunuh atau cedera dan sekurang-kurangnya tujuh pusat perubatan telah rosak sejak serangan bermula pasa Sabtu.

Ramai penduduk di Gaza pula kini tidak mempunyai bekalan elektrik dan internet, dan tidak lama lagi akan kehabisan bekalan makanan dan air yang penting.

“Kerosakan kepada kemudahan air, sanitasi dan kebersihan telah menjejaskan perkhidmatan kepada lebih 400,000 orang.

“Loji Kuasa Gaza kini merupakan satu-satunya sumber elektrik dan boleh kehabisan bahan api dalam beberapa hari,” kata Dujarric yang dipetik BBC.



Beliau memberitahu Program Makanan Sedunia telah pun mengagihkan makanan untuk sehingga 100,000 pelarian di Palestin dan inisiatif itu akan meningkat lapan kali ganda dalam beberapa hari akan datang.

Malah sebelum sekatan terbaharu, penduduk Gaza sudah pun menghadapi masalah ketiadaan bekalan makanan mencukupi, pergerakan mereka disekat dan kekurangan air.

Sementara itu, jurucakap agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Juliet Touma berkata, penduduk di Gaza “ketakutan” dengan keadaan semasa dan bimbang akan keselamatan mereka anak-anak dan keluarga mereka.

Pada Isnin, Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant berkata pihaknya akan mengenakan “pengepungan sepenuhnya” ke atas wilayah itu.



“Tiada elektrik, tiada makanan, tiada air, tiada gas – semuanya ditutup,” katanya.

Menteri infrastruktur Israel kemudiannya mengarahkan pemotongan segera bekalan air ke Gaza, dengan berkata: “Apa yang pada masa lalu tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum pengumuman itu, kementerian kesihatan Palestin berkata hospital menghadapi kekurangan ubat, bekalan perubatan dan bahan api akibat tindakan Israel.

Ia menyeru pemain utama antarabangsa untuk menggesa Israel “mengembalikan semula bekalan elektrik” dan membekalkan keperluan kecemasan dalam bentuk ubat-ubatan, bahan api, dan jentera kuasa. Utv



Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker