Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar

Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara terkenal Malaysia iaitu Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick. Selain menjadi seorang pelakon dan pengacara, Janna Nick juga merupakan seorang penyanyi yang telah banyak mengeluarkan lagu serta lagunya menjadi trending diseluruh negara melalui media sosial tiktok.

Baru-baru ini juga, Janna Nick telah berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysian iaitu Dini Schatzmann di resort terkemuka Langkawi, Kedah. Walaupun telah berkahwin, Janna Nick dan suami masih meneruskan kerjaya mereka dalam bidang lakonan yang menjadi punca pendapatan mereka bersama.



Michael Ang Mencari Pelakon Perempuan Yang Muka Biasa-Biasa!
Baru-baru ini, pelakon dan pengarah terkenal Iaitu Michael Ang memuat naik satu video di laman media sosial instagramnya yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 559 ribu, tanda suka sebanyak 22 ribu dan 3 ribu komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Michael Ang yang sedang mencari pelakon perempuan, umur sekitar 27 sehingga 30 yang mempunyai perwatakan menarik serta badan yang agak berisi. Jelas Michael Ang, dia inginkan pelakon perempuan yang baharu dan tidak kisah jika rupanya biasa-biasa sahaja namun pandai berlakon.

Rata-rata ramai yang komen pada video tersebut bahawa mereka ingin berlakon. Tidak terlepas juga pelakon Janna Nick yang komen bahawa inginkan watak berkenaan namun jawapan yang diberikan Michael Ang untuknya menarik perhatian ramai.

“Aku boleh Mike”-kata Janna Nick



“Kau memang sesuai untuk watak ni tapi kau mahal level diva dah rate kau, kita tak mampu”-jawab michael Ang

Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar gurauan Michael Ang bersama Janna Nick. Tambah pula, Michael Ang inginkan wajah yang baru untuk menghiasi dramanya itu. Mr

Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker