Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza

Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang juga siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama empat anak mereka, terkorban akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin.

USIM dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui Facebook rasminya, lewat malam tadi, berkata perkara itu disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H M Mahariq.



“USIM melahirkan rasa dukacita atas pemergian dua siswazah dan lebih 20 ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin, pada pagi Ahad lalu.

“Salam takziah daripada seluruh warga USIM. Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,” menurut kenyataan itu.

USIM dalam kenyataan sama turut memaklumkan bahawa serangan bom itu berlaku di perkampungan didiami mereka di Bait Hanon, kira-kira jam 8 pagi Ahad lalu.

“Dalam kejadian itu, hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat.



“Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam, 20 ahli keluarga mangsa turut terkorban,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa, Mohammed J H Alzaanin baru saja selesai menjalani sesi viva di USIM pada 5 Julai lalu, manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian sama pada 23 Oktober ini.

Dalam pertempuran yang semakin memuncak sejak Sabtu lalu, jet tentera Israel terus mengebom kawasan Palestin di Gaza. BH

Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga



Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?



Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker