Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata maklumat perisikan pihak berkuasa mendapati keselamatan bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng yang disiasat berkait skandal 1MDB berada dalam bahaya.
Razarudin berkata atas faktor itu pihak berkuasa tidak boleh mendedahkan di mana lokasi Ng ditahan.
“Kami merasakan begitu (keselamatan Ng). Berdasarkan risikan dan kepentingan siasatan kita memutuskan untuk tidak mendedahkan dia di mana (lokasi ditahan).
“Kita lebih tahu (keselamatan Ng) berdasarkan maklumat keselamatan ini lebih daripada dirinya sendiri,” katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman.
Razarudin juga berkata siasatan terhadap Ng baru bermula dan berharap dia akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
“Kami berharap Ng akan memberi kerjasama dan daripada soal siasat jika ada harta di luar negara (berkait 1MDB) kita akan dapatkan semula aset itu, hak kita ini,” katanya.
Pada Ahad lalu, polis mengesahkan Ng telah tiba di Malaysia bagi membantu siasatan kes tersebut namun lokasinya tidak didedahkan atas faktor keselamatan.
Jumaat lepas, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan tuduhan di negara ini. FMT
Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.