GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Datuk Syafinaz lebih suka Kak Lina Pom Pom di atas pentas

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Minggu lalu pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10) disajikan dengan dua karakter yang dibawakan oleh Elly Mazlein sebagai pengacara iaitu Elly M dan juga Kak Lina Pom Pom.

Elly M bertugas sebagai sebagai pengacara yang kelihatan sopan, bercakap perlahan, gelak malu-malu dan sedikit reserved.



Manakala Kak Lina pula merupkan hos yang gila-gila, aktif, ceria dan kecoh di pentas.

Disebabkan perbezaan ketara dua watak tersebut, rata-rata penonton ternyata mahukan Kak Lina kembali mengacarakan GV10 bersama Nabil dan Jihan.

Perkara itu juga dipersetujui oleh juri tetap GV10 iaitu Datuk Syafinaz Selamat.

Syafinaz berpendapat gaya gaya pengacaraan Kak Lina yang menghiburkan lebih menepati program berkenaan.



Bagaimanapun kata Syafinaz, padanan hos seharusnya bertukar-tukar dan tidak semestinya tiga pengacara perlu ada pada setiap masa.

“Tapi Elly M agak kurang pada saya, kalau Kak Lina Pom Pom tu lebih havoc lebih ceria, lebih hidup pentas GV tu.

“Bagi saya hos okay, padanan terbaharu itu okay maksudnya ada dua orang, sekejap ada tiga orang. Bergilir-gilir.

“Kalau setiap masa bertiga agak…, belum ditambah bunda menjerit di telinga saya lagi,” ujarnya berseloroh.



Konsert minggu kedua GV10 Cliff Umar dan Suki Low diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Menyanyikan lagu Tak Ingin Usai dan Laskar Cinta masing-masing menduduki tempat terakhir dengan markah 56.25% dan 53.25%.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.



All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sSooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. Gempak



GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga



Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker