Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh

Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh

Sebahagian besar keluarga kakitangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad terbunuh dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak Sabtu lalu.

Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin Berhad, Muhd Farhan Muhd Fadhil ketika mengesahkannya bagaimanapun berkata semua tujuh kakitangan mereka yang juga rakyat tempatan selamat.



“Setakat ini kita sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di sana dari semasa ke semasa,” katanya kepada BH, hari ini.

Muhd Farhan dalam masa sama turut mengesahkan projek pembangunan hasil sumbangan rakyat Malaysia di Gaza setakat ini tiada yang terjejas.

Katanya, ia termasuk projek pembinaan Masjid Imam As-Syafie, Masjid Al-Qassam, Masjid Syeikh Ajlin dan Hospital Aman Palestin serta Hospital Al-Razi.

“Setakat ini Alhamdulillah projek besar yang sedang dijalankan semua tidak musnah dan berada dalam keadaan yang baik. Ini termasuk sektor perubatan yang sidang dibina,” katanya.



Muhd Farhan berkata semalam pihaknya sudah menghantar bantuan kecemasan awal sebanyak RM470,000 di Gaza.

Katanya, bantuan itu adalah untuk dua kumpulan sasaran iaitu mangsa yang cedera akibat serangan dan sedang dirawat di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia.

Antara bantuan yang diberikan adalah rawatan klinikal, anggota palsu, baju sejuk dan kerusi roda.

“Kumpulan sasaran kedua pula adalah mangsa yang hilang tempat tinggal. Berdasarkan maklumat yang diterima terdapat seramai 187, 500 hilang tempat tinggal.



“Mereka kini ditempatkan di 64 sekolah di bawah pertubuhan antarabangsa sebagai pusat penempatan sementara. Mereka dibantu dari segi pemberian tilam, selimut, makanan panas dan baju sejuk,” katanya.

Muhd Farhan berkata, bantuan kecemasan awal yang diberikan secara berfasa itu, sudah memanfaatkan seramai hampir 8,000 orang.

Katanya, ketika ini pihaknya juga sedang melancarkan Bantuan Kecemasan Palestin dengan sasaran sebanyak RM20 juta.

Sementara itu, Muslim Care Malaysia Society dalam hantaran menerusi akaun Facebook, memaklumkan sebuah masjid di Palestin yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah, selepas dibom oleh tentera rejim Israel, Sabtu lalu.



“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zionis Israel.

“Penghujung tahun 2013 Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

“Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia pada 7 Oktober 2023 musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan,” katanya. BH

Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker