Tiga kemahiran paling dikehendaki sektor pekerjaan ketika ini – Linkedln

Tiga kemahiran paling dikehendaki sektor pekerjaan ketika ini – Linkedln

Pengkomputeran awan, analisis data dan pembangunan laman sesawang dikenal pasti sebagai tiga kemahiran yang paling pesat dikehendaki oleh sektor pekerjaan di negara ini.

Data itu berdasarkan dapatan hasil kajiselidik dijalankan LinkedIn, sebuah media sosial yang menyediakan platform jaringan pencarian kerja.



Ketua Sektor Awam dan Pengajian Tinggi LinkedIn, Nur Mastura Mansor, berkata banyak majikan atau pihaknya yang menawarkan pekerjaan menyenaraikan kemahiran tertentu untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang diperlukan pada masa kini.

Meskipun seseorang itu mempunyai sijil akademik seperti ijazah sekali pun, beliau menegaskan seseorang itu perlu menggarap diri mereka dengan pelbagai set kemahiran seiring dengan keperluan dan permintaan pasaran ketika ini.

“Pada masa kini, seseorang itu kena kuasai pelbagai kemahiran lagi-lagi berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI).

“Berdasarkan data dalam LinkedIn, sebanyak 40 peratus pihak yang bertanggungjawab mengambil pekerja menggunakan data seperti kemahiran untuk mengisi kekosongan peranan (pekerjaan).



“Berdasarkan kajian kami juga, kemahiran diibaratkan sebagai ‘matawang’ baharu yang diperlukan pada masa hadapan dalam dunia pekerjaan. Itu sebabnya sejak 2015 lagi, kemahiran diperlukan untuk banyak pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel sesi forum bertajuk : Transformasi dan Ketangkasan Tenaga Buruh.

Sesi itu bersempena dengan penganjuran Forum Tenaga Buruh Awam Antarabangsa 2023 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.

Bertemakan Tenaga Kerja Berdaya Tahan : Pendekatan MADANI, program itu mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam membangunkan modal insan yang cekap, produktif, responsif serta berdaya tahan dalam pasaran buruh, dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti negara.



Forum yang menghimpunkan lebih 1,000 penyertaan panel dalam dan luar negara itu menjadi platform global untuk perbincangan mengenai penyelesaian yang inovatif dan amalan terbaik, menerusi penampilan 28 ahli panel antarabangsa.

Antara yang mengambil bahagian adalah dari Belgium, Indonesia, Ireland, Korea Selatan, Turkiye dan Malaysia.

Mengulas lanjut keperluan masa kini, Nur Mastura berkata, cepat beradaptasi dengan teknologi seiring peredaran masa juga adalah ‘nilai tambah’ yang perlu seseorang kuasai.

Selain bergantung pada pencapaian ataupun prestasi akademik, beliau berkata ia perlu diseiringkan dengan pembangunan kemahiran lain yang diperlukan pasaran sekarang dan masa depan secara sukarela.



Tambahnya, seseorang itu juga perlu meneroka sendiri kemahiran lain secara kendiri meskipun sudah memperoleh kemahiran tertentu melalui latihan industri.

“Di Malaysia kita ada sistem pengajian yang unik. Sijil adalah penting tetapi kita juga kena tagih kemahiran secara sukarela selain diperoleh dari latihan industri. Dalam masa sama, kita kena meneroka sendiri kemahiran lain yang diperlukan.

“Ini kerana, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang ,tidak lagi ada jawatan yang wujud sekarang. Justeru, pekerja dalam kalangan golongan muda, belia perlu peluang untuk belajar kemahiran baharu berdasarkan keperluan situasi sekarang serta akan datang,” katanya. BH

Tiga kemahiran paling dikehendaki sektor pekerjaan ketika ini – Linkedln



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker