Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
KEPALA BATAS: Lelaki yang ditahan berhubung penemuan satu bungkusan mengandungi bahan letupan buatan sendiri (IED) di Mak Mandin Ahad lepas, dipercayai bertindak meletupkan bahan itu di hadapan rumah jirannya kerana marahkan keluarga terbabit.
Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Asri Shafie, berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki tempatan berumur 32 tahun itu bertindak sedemikian kerana mendakwa lelaki warga emas yang merupakan jirannya sering memerlinya.
“Suspek mendakwa jirannya selalu perli dirinya dan sebab itu bertindak meletupkan bahan itu bagi menakutkan serta memberi amaran kepada jiran berkenaan.
“Suspek meletakkan bahan letupan terbabit di hadapan rumah jirannya di tingkat empat Flat Taman Pandan itu sebelum meletupkannya sehingga menyebabkan bahagian jeriji besi pintu rumah dan koridor di situ rosak akibat letupan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Asri berkata kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan penghuni rumah berkenaan cedera.
Beliau berkata polis ketika ini giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada lelaki yang ditahan itu terlibat dengan jenayah lain kerana selain IED, pihaknya turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan kerambit daripadanya.
“Siasatan terperinci termasuk melibatkan pasukan polis dari Bukit Aman sedang dijalankan bagi mengenal pasti latar belakang lelaki itu dan sejauh mana dia mempunyai kemahiran untuk menghasilkan bahan letupan terbabit sama ada untuk jenayah atau dijual kepada sesiapa,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja kilang itu bertindak sendirian termasuk menghasilkan sendiri IED itu dengan cara mempelajari daripada YouTube, manakala bahan-bahannya diperoleh melalui pembelian dalam platform e-dagang.
“Setakat ini, polis mendapati dia menghasilkan bahan letupan itu sendirian dan tidak terlibat dengan mana-mana rangkaian sindiket jenayah. Kami juga sedang jalankan siasatan lanjut terhadap rakan serumahnya iaitu wanita warga Indonesia berusia 38 tahun yang ditahan bersama lelaki tersebut,” katanya.
Semalam, polis menahan seorang lelaki tempatan dan rakan serumahnya seorang wanita warga asing susulan penemuan satu bungkusan mengandungi IED di tingkat empat Flat Taman Pandan selepas pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan terdengar bunyi letupan di hadapan sebuah rumah pada 12.57 tengah hari, Ahad.
Hasil pemeriksaan mendapati bahan letupan terbabit ialah improvised explosive device (IED) dan polis kemudiannya menahan mereka sebelum menemukan satu lagi IED, selain sepucuk pistol buatan sendiri dan kerambit serta peralatan untuk membuat bahan letupan berkenaan. FMT
Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.