Protes operasi JPJ, 1000 ‘abang lori’ turun berhimpun

Lebih 1,000 pemandu lori berhimpun di pekarangan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sebagai tanda protes terhadap operasi penguatkuasaan yang dikenakan terhadap mereka.

Wakil Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Pantai Timur, Ibrahim Mamat berkata, dalam perhimpunan aman itu pihaknya turut menyerahkan memorandum mengandungi lapan tuntutan berhubung isu tersebut.

Ibrahim mendakwa, operasi bersepadu antara JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dibuat secara melulu menyebabkan pengusaha dan pemandu lori hilang punca pendapatan utama mereka



Justeru itu menurutnya, pihak persatuan menuntut kerajaan mengkaji semula prosedur operasi standard penguatkuasaan dan lebih bersikap bertimbang rasa kepada pemandu lori.

“Situasi ini meletakkan golongan pengusaha dan pemandu lori semakin tertekan dengan tindakan penguatkuasaan yang seolah-olah melayan kami yang sedang bekerja seperti penjenayah.

“Antara tuntutan kami ialah perlepasan had muatan, pengurangan waktu operasi, tindakan saman terhadap pengilang dan pelombong, kenaikan sewa kenderaan perdagangan dan menghapuskan sistem saman demerit.

“Jadi kami sepakat untuk mogok dan tidak bekerja selama seminggu dan berharap pihak berkuasa atau kerajaan memberi perhatian terhadap rintihan pemandu lori,” katanya ditemui di sini, hari ini.



Seorang lagi pemandu lori, Anuar Rizki, mendakwa, masalah itu semakin menjadi-jadi sejak JPJ dan PDRM menggandakan operasi di seluruh negara bermula awal bulan ini.

Jelasnya, operasi bersepadu itu mengenakan tindakan berat termasuk kompaun terhadap pemandu lori meskipun mereka telah mematuhi syarat atau peraturan yang ditetapkan.

“Kami bekerja berbulan-bulan kumpul duit untuk menyara keluarga, selenggara kenderaan, cukai jalan dan lesen namun duit simpanan habis sekelip mata membayar kompaun malah ditahan di lokap.

“Ada juga kenderaan yang disita kemudian dilelong, jadi tindakan itu tidak wajar kerana ramai yang bergadai sebidang tanah untuk membeli lori sekaligus hilang punca pendapatan,” katanya.



Sementara itu, Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin, ketika ditemui mengesahkan telah menerima tuntutan memorandum daripada wakil pengusaha lori hari ini.

“Melihat kepada memorandum itu, tuntutan dikemukakan adalah melibatkan dasar agensi kerajaan dan saya akan panjangkan perkara ini kepada ibu pejabat untuk tindakan lanjut,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker