Lima cara menekan Israel

Oleh Dr Mohd Ashraf Zaid Yaakob

Sejarah dunia menyaksikan suatu kebangkitan terbesar dalam sejarah kemanusiaan apabila pejuang Palestin melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa sebagai tindak balas kepada penindasan dan kezaliman melampau puak Zionis Yahudi laknatullah.

Kebangkitan ini wajib disokong dan didokong semua umat Islam seluruh dunia dengan apa jua bantuan dan kemampuan yang ada bagi memastikan bumi Palestin kembali ke tangan umat Islam.



Negara Islam berdaulat Palestin yang merupakan tanah suci umat Islam yang dirampas Zionis Israel sejak 75 tahun lalu, sekitar tujuh dekad lalu melalui penubuhan negara haram Israel yang diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Ia adalah rentetan daripada perancangan jahat Yahudi Zionis untuk melaksanakan kependudukan dan penjajahan terancang ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin yang berdaulat. Dengan bantuan British dan PBB, negara Palestin dijajah secara sistematik dan akhirnya menjadi asas kepada penubuhan negara haram Israel yang zalim, angkuh dan tidak bertamadun.

Penjajahan secara terang-terangan dan mencabuli hak asasi rakyat Palestin dilihat dengan jelas oleh dunia antarabangsa, namun disebabkan lemahnya kesatuan umat Islam sejagat, pencabulan dan pemerkosaan ini direstui secara terbuka tanpa bantahan. Lebih malang lagi apabila negara Islam yang lainnya menjadi bacul dan tunduk dengan tekanan antarabangsa dan PBB. Pastinya kebangkitan terbaharu ini adalah hak yang perlu dilaksanakan selepas dunia membutakan mata, memekakkan telinga serta membisu daripada sebarang pembelaan sewajarnya.

Perselisihan antara kaum Yahudi dengan umat Islam bukan perkara baharu. Allah SWT menegaskan dalam al-Quran bahawa kaum Yahudi itu sama sekali tidak akan senang dengan umat Islam sehingga mereka mempengaruhi umat Islam supaya mengikut jejak langkah mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” (al-Baqarah: 120)

Menurut riwayat al-Tha’labi daripada Ibn Abbas, sebab penurunan ayat ini adalah kaum Yahudi dan Nasrani sangat mengharap supaya Nabi Muhammad SAW bersolat menghadap kiblat penyembahan mereka. Namun, Allah SWT memalingkan kiblat baharu bagi umat Islam menghadap Kaabah di Mekah. Justeru, kaum Yahudi dan Nasrani berkomplot dan berusaha mempengaruhi Nabi supaya menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka.



Lalu ayat ini diturunkan Allah SWT bagi memberi penegasan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak bersetuju dengan Nabi walaupun permintaan mereka ditunaikan. Kalimah ‘Lan Tardho’ dalam ayat terbabit yang bermaksud ‘tidak akan meredai selama-lamanya’ harus menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia supaya berhati-hati dan berwaspada dengan mainan kotor dan taktik jijik yang sering digunakan kaum Yahudi khususnya dalam misi mereka untuk menghancurkan umat Islam.

Sejarah juga membuktikan kaum ini yang menyihir Nabi, dilakukan oleh seorang Yahudi yang bernama Lubayd bin al-A’som daripada Bani Zuraiq. Begitu juga seorang wanita Yahudi pernah menghidangkan daging kambing beracun dengan tujuan jahat untuk membunuh Baginda. Justeru, sejarah membuktikan bahawa membinasakan dan membunuh manusia bukan perkara yang asing bagi kaum Yahudi sehinggakan Nabi pun sanggup dibunuh oleh mereka, apatah lagi umat Islam yang lain. Maka, Allah SWT melaknat kaum ini disebabkan sifat mereka yang jahat dan terkutuk ini, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi daripada Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.” (al-Maidah: 78).

Kebangkitan Palestin melalui Operasi Taufan Al-Aqsa mampu menjadi titik tolak kepada perubahan menyeluruh umat Islam dalam membela nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia, khususnya di Palestin. Sebagai respons segera umat Islam bagi menekan Zionis-Israel, ada lima langkah utama yang perlu segera dilaksanakan iaitu:

Pertama, kempen pemboikotan produk keluaran Israel dan sekutunya perlu digerakkan semula secara besar-besaran. Memang diakui, kempen sebegini dilihat lebih bersifat bermusim, namun sekiranya ia digerakkan secara berstrategi dan menyeluruh, pastinya memberi kesan lebih kuat. Kempen boikot ini perlu konsisten dilaksanakan empat kali setahun atau setiap tiga bulan dengan memfokuskan produk tertentu sahaja seperti IT dan komunikasi. Dengan strategi pemboikotan yang bersasar, ia mampu melumpuhkan ekonomi konglomerat Israel, sekali gus menghapuskan penguasaan ekonomi mereka.



Kedua, kempen media sosial amat penting dan sangat berkesan. Walaupun media sosial utama dunia dikuasai Israel seperti Twitter, Instagram dan Facebook, namun dengan kekuatan solidariti umat Islam berjumlah 1.9 billion ini, ia mampu menggegar dunia serta mendedahkan kezaliman Israel kepada penduduk Palestin. Pihak Zionis-Israel sentiasa memadamkan maklumat dan berita berkaitan Palestin daripada rangkaian media sosial yang dikuasai mereka. Oleh itu, strategi dan kreativiti umat Islam seluruh dunia amat diperlukan bagi menembusi kepungan maklumat mereka. Maklumat berkaitan Palestin boleh dikongsi secara reverse psychology iaitu dengan memulakan perkongsian maklumat berkaitan pelancongan di Israel, kemudian diikuti dengan realiti penindasan yang berlaku di Palestin serta sejarah asal kewujudannya.

Ketiga, penyaluran dana kewangan adalah keperluan mendesak bagi pejuang Palestin dalam usaha perjuangan ini. Umat Islam wajib menyalurkan bantuan semampu mungkin kepada badan yang menguruskan sumbangan terus kepada pejuang Palestin. Pelbagai NGO di Malaysia yang mempunyai akses terus ke Palestin seperti Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang diketuai saudara Nadir Al-Nuri, rakyat Malaysia yang menetap di Palestin. Sumbangan kewangan adalah bukti solidariti umat Islam dan kesaksian di hadapan Allah SWT penyertaan kita dalam perjuangan suci ini.

Keempat, momentum solidariti kebajikan umat Islam perlu digerakkan sepenuhnya di seluruh dunia bagi membantu rakyat Palestin. Tindakan sokongan kebajikan ini perlu segera dilaksanakan di peringkat domestik negara Islam dan antarabangsa. Peranan ini boleh dimainkan ketua negara Islam dengan duduk semeja dan menetapkan tindakan segera mewakili dunia Islam. Bantuan makanan, perubatan, kemanusiaan dan sokongan moral perlu segera digerakkan di seluruh dunia Islam tanpa bertangguh. Setiap nyawa saudara kita di Palestin dipertanggungjawabkan kepada kita umat Islam seluruh dunia. Kepentingan diri dan negara masing-masing perlu diketepikan demi tanah suci Islam tercinta. Negara Islam tidak perlu takut, malah seharusnya berasa kuat dengan solidariti yang ada serta penguasaan ‘Emas Hitam’ yang dimiliki negara Islam. Kekuatan umat Islam terserlah sekiranya seluruh umatnya bersatu, bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’

Kelima, doa ialah senjata bagi orang Mukmin. Sempena keberkatan bulan Rabiul Awal bulan kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah SAW, umat Islam seluruh dunia diseru untuk bermunajat dan memanjatkan doa setulus ikhlas memohon bantuan kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa untuk membantu perjuangan Mujahidin di Palestin. Umat Islam juga diseru melazimi Qunut Nazilah dalam setiap solat supaya Allah SWT memberikan kekuatan dan kemenangan kepada perjuangan Islam di Palestin.



Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang dalam kalangan kamu sehingga ia mencintai saudaranya melebihi cintanya pada dirinya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). Maka atas dasar kasih dan cinta kita kepada saudara kita di Palestin, umat Islam wajib segera menyokong dan mendokong segala usaha yang dilakukan bagi membela umat Islam di Palestin. Solidariti umat Islam dituntut supaya usaha kemerdekaan Palestin ini segera dicapai dan seterusnya menghapuskan Zionis-Yahudi Laknatullah daripada muka bumi ini. HM

Penulis Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (Zawaf) Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Lima cara menekan Israel

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker