Malaysia akan bertindak balas terhadap Goldman Sachs – Johari

Malaysia akan bertindak balas terhadap Goldman Sachs – Johari

Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB Johari Ghani menyifatkan tindakan Goldman Sachs memulakan prosiding timbang tara terhadap kerajaan Malaysia berhubung penyelesaian 1MDB sebagai “pramatang” dan dilakukan “tanpa pertimbangan sewajarnya terhadap prasyarat yang diperlukan”.

“Bagaimanapun, berdasarkan peristiwa baru-baru ini, kerajaan Malaysia akan bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap perkara ini dan memastikan proses dilaksanakan dengan tekun dan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan sambil memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara,” katanya dalam kenyataan.



Semalam, Bloomberg melaporkan bank pelaburan itu mengambil “langkah luar biasa” memulakan prosiding timbang tara “di tengah-tengah perselisihan faham mengenai penyelesaian dikaitkan dengan peranannya dalam skandal 1MDB”.

Johari mengecam tindakan Goldman Sachs yang disifatkannya sebagai “percubaan untuk mengurang dan mengalihkan perhatian” daripada kewajipannya membuat pembayaran interim kepada kerajaan sebanyak USD250 juta mengikut perjanjian yang dimeterai.

Beliau berkata, menurut perjanjian yang dimeterai pada 18 Ogos 2020 itu, Goldman Sachs dikehendaki membuat pembayaran dalam dua bahagian – tunai sebanyak USD2.5 bilion dalam tempoh 10 hari selepas perjanjian ditandatangani, dan jaminan pemulihan aset USD1.4 bilion dalam tempoh lima tahun.

Katanya, Goldman Sachs bertanggungjawab membuat pembayaran interim sebanyak USD250 juta jika gagal memulihkan aset bernilai USD500 juta dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian itu dimeterai.



“Pada 18 Ogos, perakaunan yang diberikan kerajaan kepada Goldman Sachs menunjukkan ia tidak memulihkan USD500 juta (aset), justeru kerajaan berhak menerima bayaran interim sebanyak USD250 juta. Ini dipertikaikan oleh Goldman Sachs,” kata Johari.

Beliau berkata, perjanjian itu memperuntukkan kedua-dua pihak terlibat dalam “perbincangan ikhlas yang baik” selama tiga bulan jika pertikaian berkaitan perjanjian penyelesaian itu timbul.

Tambahnya, kerajaan Malaysia memberikan empat tempoh lanjutan kepada Goldman Sachs selepas tarikh akhir awal 18 Ogos 2022 untuk cuba menyelesaikan pertikaian ini secara baik.

“Tarikh akhir semasa untuk lanjutan terkini adalah pada 8 Nov 2023, dan jika penyelesaian tidak dicapai antara pihak-pihak sebelum tarikh akhir ini, kerajaan Malaysia boleh memulakan prosiding timbang tara berhubung pembayaran interim USD250 juta,” katanya.



Menurut Reuters, jurucakap bank pelaburan itu menuduh Malaysia “melanggar kewajipannya untuk mengkreditkan aset terhadap jaminan yang diberikan oleh Goldman Sachs dengan betul” dan gagal dalam kewajipannya memulihkan “aset lain”.

Eksekutif bank itu juga dikatakan “semakin kecewa” dengan tuntutan kerajaan agar perjanjian itu diolah semula supaya “penalti yang lebih berat” dikenakan.

Pada Ogos, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu CNBC bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan menyaman Goldman Sachs berhubung perkara itu.

Dalam wawancara dengan Bloomberg pada Januari, Anwar menuduh Goldman Sachs gagal mematuhi terma penyelesaian, dengan berkata firma Wall Street itu menggunakan kekuatan kewangannya untuk menentukan terma terhadap kerajaan. FMT



Malaysia akan bertindak balas terhadap Goldman Sachs – Johari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker