Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol

Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol

Pelakon veteran, Mak Wan akui dipandang sinis dan menerima layanan buruk daripada jiran tetangganya selepas timbul kontroversi panas tahun lalu.

Kata pelakon berusia 62 tahun itu, dia sering mendengar segelintir jiran bercakap tentang dirinya ketika melalui kawasan rumah.



Namun, ujar Mak Wan, kutukan paling berat diterimanya adalah apabila ada jiran yang takut dia menjadi ‘penyondol’ rumah tangga mereka.

Ada wanita yang takut kalau saya merampas suami mereka. Takut suami mereka disondol oleh saya. Saya ada anak menantu, takkanlah nak buat macam tu.

Dalam pada itu, dia yang dikenali sebagai Mak Wan Latah akui dirinya didekati beberapa orang lelaki berstatus suami orang di media sosial yang ingin berkenal dengannya.

Bagaimanapun, dia akan terus menyekat mana-mana lelaki yang masih beristeri dan jauhkan diri kerana tidak mahu ia menimbulkan kontroversi.



Saya tidak mahu berkawan dengan suami orang. Kita sudah ada ‘nama’ (kontroversi) nanti jadi lebih besar pula masalah yang perlu saya tanggung.

Bekas suaminya, Husain mendakwa Mak Wan mempunyai akhlak yang tidak baik kemudian seorang wanita yang merupakan bekas PA mendakwa aktres itu melakukan sihir kerana cemburu.

Dua kontroversi besar membabitkan Mak Wan pada tahun lalu memberi kesan besar buatnya sehingga dikatakan sudah tidak menerima tawaran berlakon.

Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker