GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Pengacara Elly Mazlein memutuskan untuk mengundurkan diri sebagai pengacara program realiti, All Stars Gegar Vaganza.

Berita itu diumumkan oleh Astro dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.



Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina itu membuat keputusan berat atas sebab peribadi.

“Selepas memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati Astro ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas soal peribadi. Walaupun sedih, Astro menghormati keputusan yang diambil.

“Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

“Pastinya peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menyaksikan personaliti yang disayangi ramai menerusi program Astro yang akan datang,” katanya.



Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Elly turut memohon maaf apabila tidak dapat meneruskan tugasnya mengendalikan program bersama rakan pengacaranya, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Saya mohon maaf tidak dapat meneruskan mengacara All Stars Gegar Vaganza atas sebab-sebab peribadi.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

“Sesungguhnya saya amat menghargainya. Insya-Allah, kita doakan program All Stars Gegar Vaganza terus berjaya.



“Saya berharap agar peminat kekal menyokong semua bintang yang bertanding,” katanya.

Program hiburan popular itu akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding. BH

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker