Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut

Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut

Penumpang MYAirline Sdn Bhd terkejut dengan pengumuman penggantungan operasi serta-merta syarikat penerbangan tambang murah itu disebabkan “cabaran kewangan yang signifikan”

Di laman sosial X, @puteriibalqiis mengadu dia menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak 4 pagi untuk mendaftar masuk penerbangan pada 7.30 pagi tetapi semua kaunter MYAirline ditutup dan tiada petugas kelihatan.



“Semua kosong. Penumpang semua tunggu macam orang bodoh,” katanya.

“Tolong bayar balik duit (tiket). Saya terpaksa beli tiket baharu untuk pulang pulang segera ke Kota Kinabalu. Ramai lagi orang kena macam saya. Orang tua semua ada,” katanya.

“Saya jarang ‘tweet’ marah macam ini. Mereka tidak maklumkan apa-apa, malah pekerja semua kosong. Semua penumpang macam orang bodoh ke sana ke sini cari bantuan tanya mengenai penerbangan.”

Seorang lagi pengguna @anisazzwa pula berkata: “Gilalah, tutup operasi seperti tutup kedai runcit.”



MYAirline dalam kenyataan pagi ini berkata pihaknya “meneroka semua jalan perkongsian berpotensi dan penjanaan modal” untuk menyelamatkan perniagaannya.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” katanya.

Ramai pengguna media sosial terkejut dan kecewa dengan pengumuman itu, dan sebahagian membandingkan keputusan MYAirline sama seperti nasib syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air yang menutup operasi pada 2016.

Seorang lagi pengguna X, @abd_jabbar berkata dia kini mempunyai dua pengalaman buruk dengan dua syarikat penerbangan menyebabkan dia kerugian wang apabila penerbangannya dibatalkan.



“Tahun 2016 dikhianati Rayani Air. Dah hantar emel dan telefon (tetapi) tiada siapa dapat bayaran balik (tiket).

“Trauma dia sampai hari ini tetapi tidak apa sebab sudah tujuh tahun. Tahun 2023 kena lagi dengan MYAirline. Nampak gaya lebur RM229. Jumlah kerugian (termasuk Rayani Air) RM1,189,” katanya yang turut memuat naik tangkap layar tiket penerbangannya. FMT

Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker