Hetty Koes Endang nasihat Lina Pom Pom, jangan mudah koyak

Penyanyi legenda dan juri Gegar Vaganza All Stars (GV10), Hetty Koes Endang, 66, menasihatkan Elly Mazlein seharusnya tidak mudah berkecil hati sekiranya ingin membawakan karektor atau versi sendiri sebagai pengacara program berkenaan sejak dari awal.

Menurut Hetty, dia tidak mempunyai masalah dengan karektor ‘havoc’ yang dipamerkan oleh Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sepanjang mengemudikan pentas GV sebagai pengacara kerana memahami itu adalah versinya sendiri.

“Namun, sekiranya dia ingin kekal membawakan karektor begitu, dia harus kuatkan mental dan tidak mudah berkecil hati apabila menerima komen atau kritikan daripada penonton.



“Anggap begini. Kita masuk rumah orang, kita ikut saja cara mereka. Mungkin Lina mahu buat kelainan tetapi soalnya, dia kuat mental atau tidak?

“Jihan dan Nabil sudah lama mengacarakan pentas itu. Jadi masing-masing kena ada semangat berpasukan. Saya tahu Lina seorang yang manja, tapi jangan mudah kecil hati. Ayuh Lina, masuk semula!,”katanya.

Hetty berkata demikian semasa ditemui pada sesi santai berhubung Penundaan Konsert After Hours With Hetty Koes Endang di sini, hari ini.

Selain itu, kongsi Hetty, Lina juga sering menghantar mesej peribadi kepadanya selepas selesai program mingguan GV terutama seandainya terdapat gurauan yang dirasakan menyinggung perasaan juri.



“Dia biasanya akan mesej peribadi saya. Kalau ada salah dia akan mohon maaf. Saya pun sama. Kita di program itu sama-sama selesa bergurau tak ada simpan dalam hati.

“Orang pun tahu saya ini kalau cakap apa pun, cuma di mulut saja. Sejujurnya saya okey saja dengan semua hos. Tapi mungkin netizen menganggap hos terlalu ramai,”katanya.

Dalam pada itu, menceritakan mengenai perbezaan program di Malaysia dan Indonesia, kata Hetty, dia seronok jika diberi peluang dan lebih masa untuk melontarkan komen terhadap peserta.

“Berbanding di Indonesia, program di sana benarkan kami sebagai juri untuk beri komen panjang untuk peserta pertandingan. Perkara itu tidak berlaku di sini.



“Di sini ada had masa. Selain itu, jika berceloteh atau saling usik-mengusik sesama juri atau peserta, semuanya selamba saja,”katanya.

Awal minggu lalu, pengacara dan selebriti popular itu mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan berundur daripada program GV10 sebagai hos.

Pengumuman itu turut dikeluarkan oleh pihak penyiar stesen televisyen Astro dalam satu kenyataan pada hari yang sama dengan alasan pengunduran Elly itu disebabkan hal peribadi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker