MMA dedahkan 40 peratus doktor di negara ini menjadi mangsa buli.

Kajian Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendapati 30 hingga 40 peratus doktor di negara ini menjadi mangsa buli.

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz, berkata kajian yang dilaksanakan antara 15 September hingga 1 Oktober lalu mendapati mangsa buli tidak membuat aduan kerana takut atau tidak tahu bagaimana mengadu, malah tiada tindakan diambil terhadap kes yang merekodkan aduan.

MMA menyatakan kebimbangan ia boleh memberi kesan buruk terhadap penjagaan pesakit, terutama dalam sektor penjagaan kesihatan awam jika ia tidak ditangani dengan baik.



“Sebanyak 253 kes buli direkodkan dengan jumlah tertinggi dilaporkan di Sarawak (15), Selangor (sembilan) dan Perak (lapan) manakala sebanyak 197 kes buli direkodkan daripada negeri yang tidak diketahui.

“Sabah dan Melaka bagaimanapun tidak merekodkan sebarang kes buli,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Azizan berkata, buli turut memberi kesan kepada doktor dalam semua peringkat membabitkan jumlah seramai 168 pegawai perubatan yang terkesan terhadap perkara berkenaan. Beliau berkata, sebanyak 50 peratus kakitangan perubatan dan pakar yang mengambil bahagian dalam tinjauan terbabit turut melaporkan perkara sama.

Seramai 728 doktor daripada sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta telah mengambil bahagian dalam tinjauan berkenaan. Daripada jumlah itu, seramai 476 adalah mereka daripada pegawai perubatan, pakar (207) dan doktor pelatih (46).



Katanya, beliau, tinjauan itu juga mendapati kebanyakan doktor di Malaysia bekerja secara berlebihan, terutama doktor berusia muda.

“Tinjauan mendapati sebanyak 60 peratus doktor muda yang pengalaman kurang dua tahun bekerja lebih masa setiap hari.

“Penemuan kajian berkenaan adalah penting walaupun bilangan doktor yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu hanya sebahagian kecil daripada doktor daripada keseluruhan sistem penjagaan kesihatan,” katanya.

Katanya, berikutan kadar peletakan jawatan dalam kalangan doktor kontrak Malaysia meningkat sebanyak 1,131 peratus dalam tempoh enam tahun lalu (2017-2022), Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil langkah proaktif dengan segera bagi memastikan semua penambahbaikan dalam budaya kerja sama sekali kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker