Piala Thomas: Malaysia berjaya mara ke separuh akhir

Pemain dan barisan jurulatih pasukan Malaysia meraikan pasangan beregu lelaki negara Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei yang berjaya menewaskan pasangan Jepun Akira Koga dan Taichi Saito pada peringkat suku akhir Piala Thomas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pasangan beregu lelaki nombor dua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berjaya membawa Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-15 dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengatasi pasangan Jepun yang berada di kedudukan ke-16 dunia, Akira Koga-Taichi Saito dalam pertarungan tiga set 18-21, 21-15, 21-12 pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China, lapor Berita Harian.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia meraih mata ketiga untuk menyingkirkan Jepun 3-1.

Biarpun di set pertama naib juara Asia itu tewas, namun ia berjaya memberi saingan sengit dan menyamakan kedudukan beberapa kali.



Permainan pasangan itu tampil lebih kemas di set kedua apabila mencatat kemenangan 21-15 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Menerusi set penentuan, Izzuddin-Sze Fei berjaya menamatkan permainan dengan kemenangan 21-12, sekali gus membawa Malaysia melangkah ke separuh akhir.

Terdahulu, mata pertama skuad negara disumbangkan perseorangan pertama Lee Zii Jia yang menewaskan Kenta Nishimoto sebelum Jepun kembali menyamakan kedudukan menerusi beregu utama, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang mengatasi Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Perseorangan kedua, Leong Jun Hao kembali meletakkan Malaysia di depan menerusi kemenangan ke atas Koki Watanabe sebelum Izzuddin-Sze Fei menyumbang mata kemenangan.



Kejayaan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau lapan tahun untuk mara ke separuh akhir sejak kali terakhir pada edisi 2016 di Kunshan, China.

Kali terakhir skuad negara menjuarai Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

Di separuh akhir, Malaysia akan bertemu China yang menewaskan India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker