Kerajaan Madani ketepi perbezaan bantu Kelantan keluar dari kemiskinan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kelantan semakin akrab dan kedua-dua pihak mengetepikan perbezaan politik demi menumpukan penyelesaian masalah rakyat.

Ini selepas Anwar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud di Kota Bharu untuk berbincang mengenai pembangunan negeri.

“Aspek penyelarasan dan kordinasi adalah taakul utama yang perlu diambilkira dalam menyelesaikan isu rakyat yang mendesak termasuk di Kelantan.



“Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan,” katanya pada satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Anwar berkata isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infra dan kemudahan asas adalah tekad komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk diselesaikan, sebolehnya dengan kadar segera agar tidak terus membelenggu pihak terkesan.

“Semasa taklimat juga, saya telah menekankan kepada kerajaan negeri dan kementerian terkait untuk memberi fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri Kelantan yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

“Walhasil, saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Kelantan ini secara berkesan.



“Insya-Allah, projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Kelantan di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker