Tindakan kejam bakar kucing secara sengaja, JPV buka kertas siasatan

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor membuka kertas siasatan berhubung kes kucing dibakar di Flat Sungai Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini, pada 22 April lepas.

Dalam kenyataan hari ini, JPV memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk mendapatkan arahan selanjutnya.



“DVS ingin memaklumkan bahawa kucing tersebut berada dalam keadaan baik di bawah pemantauan pegawai veterinar DVS Selangor,” kata DVS yang turut meminta orang awam untuk tidak membuat apa-apa spekulasi atau tindakan yang boleh mengganggu siasatan kes.

Sebelum ini, tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan dan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ka atas anak kuching dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.

DVS turut mengesahkan menerima laporan daripada pihak IPD Hulu Langat pada 24 April berhubung kes itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker