Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
TEL AVIV: “Jangan risau, saya Muslim. Kami tidak akan menyakiti kamu,” begitu kata seorang pejuang Hamas terhadap seorang wanita Yahudi yang menetap di selatan Kibbutz, Israel, ketika ‘mengunjungi’ rumahnya.
Pendedahan itu dibuat wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Rotem dalam rakaman video berdurasi seminit 25 saat, ketika temubual bersama seorang wartawan.
Ibu dua anak itu berkata, beberapa pejuang Hamas bertindak memasuki rumahnya yang menyebabkan beliau panik.
Rotem berkata, dalam tempoh dua jam pejuang Hamas berada di rumahnya, seorang daripada mereka memberi jaminan tidak akan menyakiti dirinya dan dua anaknya.
‘Israel sengaja sasar orang awam, beri tekanan kepada Hamas’, kata penduduk Gaza
“Selepas meninjau keadaan rumah, seorang daripada mereka memberitahu saya dalam bahasa Inggeris ‘jangan risau, saya Muslim. Kami tidak akan menyakiti kamu’.
“Ketika itu perasaan saya bercampur baur terkejut dan rasa gelisah,” katanya melalui rakaman video yang dikongsikan dalam portal Middle East Monitor.
Pejuang Hamas mula menyerang selatan Israel pada 7 Oktober lalu melalui Operasi Taufan Al-Aqsa dan kini krisis itu menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
Rejim Israel turut menyekat akses membabitkan elektrik dan makanan ke Semenanjung Gaza.
Pada masa sama, Rotem berkata seorang pejuang Hamas yang duduk di kerusi di ruang makan sempat meminta pisang untuk dimakan.
“Ada pisang di ruang makan dan seorang daripada mereka memintanya dan saya berikan,” katanya.
Rotem berkata, selepas dua jam pejuang Hamas itu bertindak menutup pintu dan keluar dari rumahnya. BH
Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
Baca Artikel Menarik:
- Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?
- Pendang diarah keluar Dewan lagi
- Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain
- Aku tiada di rumah masa kejadian tapi ‘live’ demi mak – Syafiq Amzah
- Skirt Vivy Yusof berharga RM16,000 tarik perhatian ramai
- Zul Ariffin kembali bercinta dengan Gayatri?
- Lima cara menekan Israel
- Kenapa Hamas serang Israel?
- Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut
- Kau ‘bantai’ kakak, adik, mak kau – bekas isteri Syafiq Amzah
- Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu
- Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh
- ‘Stay safe’ Gadot, Raja Ilya dikecam netizen sokong artis Yahudi
- Bella tak percaya suami ke, soal netizen
- Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim
Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit
GV10: Sah Elly Mazlein undur diri