Cabar kuasa Yang di-Pertuan Agong, Zaid mahu Badan Peguam diambil tindakan

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata tindakan Badan Peguam memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pengurangan hukuman Najib Razak dalam kes SRC International adalah ‘secara terang-terangan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong’.

“Mahkamah secara konsisten memegang prinsip bahawa kuasa pengampunan adalah mutlak dan tidak boleh dipertikai,” kata Zaid di Facebook.

Beliau turut bertanya, apakah tindakan yang kerajaan mahu ambil terhadap kumpulan peguam itu, susulan dakwaan jenayah kerana menghasut yang dikenakan terhadap penulis blog, Badrul Hisham Shaharin dan Wan Muhammad Azri Wan Deris kerana membuat komen berkaitan Agong.



“Kerajaan mesti konsisten melaksanakan prinsip yang didakwa dipegang mereka,” katanya. “Biar konsisten, bukannya secara terpilih.”

“Kerajaan berkata, raja-raja tiada kebebasan untuk menjawab kritikan terhadap mereka, dan atas sebab itu ia perlu memberi kata-kata dan amaran keras, tetapi adakah ia terpakai kepada presiden Badan Peguam?” soalnya.

Katanya, tindakan memfailkan semakan kehakiman oleh Badan Peguam itu bukan termasuk dalam lingkungan tujuan badan tersebut bawah Seksyen 42 Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Seksyen 42(1)(a) Akta Profesion Undang-Undang 1976 memberi kuasa kepada Badan Peguam “menegakkan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri atau ahlinya, tanpa dipengaruhi rasa takut atau pilih kasih”.



Terdahulu, Wan Azri mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Isnin lalu ahli Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard, juga didakwa atas tuduhan menyiarkan kenyataan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum bawah Subseksyen 4(1) akta sama membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan diketuai Agong dan dianggotai lima individu iaitu peguam negara, menteri Wilayah Persekutuan dan tiga lagi ahli dilantik Agong.



Pada 2 Feb lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong terdahulu Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Jumaat lalu, Badan Peguam yang mewakili 22,000 peguam di Semenanjung Malaysia, memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan lembaga pengampunan itu.

Ia memohon deklarasi bahawa keputusan kolektif lembaga itu menyalahi undang-undang, tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Ia turut memohon perintah certiorari terhadap lembaga itu bagi membatalkan keputusan berkenaan.



Lembaga itu dan Najib dinamakan responden dalam permohonan terbabit.

Badan Peguam juga mahu injunksi kekal menghalang Najib atau ejennya mengemukakan sebarang permohonan pengampunan atau penangguhan kepada lembaga itu sehingga semua pertuduhan jenayah terhadapnya selesai.

Najib, 70, sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dan akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker