GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan

GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan

“Rasanya ramai yang gembira apabila doa mereka dimakbulkan untuk lihat saya tersingkir”.

Demikian ucapan Datuk Aishah apabila terpaksa akur selepas diumumkan menjadi bintang ketiga yang tersingkir dalam program All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10).



Tampil secara duet menyanyikan lagu Terlanjur Cinta bersama Vince, konsert minggu keempat GV10 menyaksikan Aishah menduduki tangga terbawah dengan memperoleh markah sebanyak 43.75 peratus.

Konsert minggu keempat GV10 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam menyaksikan Noryn Aziz menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 85.25 peratus, diikuti Liza Hanim (85 peratus) dan Ayai (83.25 peratus).

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional Ramli MS, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.



Terdahulu, Suki Low dan Cliff Umar menjadi dua peserta pertama yang tersingkir dalam GV10 ketika konsert minggu kedua.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. K Online

GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker