Polis sahkan pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua ditahan

Polis sahkan pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua ditahan

Polis mengesahkan pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd Goh Hwan Hua ditahan malam tadi bersama isteri dan anak lelakinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata polis juga dapat kebenaran untuk menahan reman ketiga-tiga individu itu selama empat hari bermula hari ini.



Goh, 57; Neow Ean Lee, 55, dan Goh Tze Han, 26, ditahan di kediaman mereka di Shah Alam semalam, lapor Sin Chew.

Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan syarikat itu menggantung operasinya serta-merta akibat “cabaran kewangan signifikan”.

Dalam emel dalaman yang dilihat FMT, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ia “meneroka semua jalan perkongsian berpotensi dan penjanaan modal” untuk menyelamatkan perniagaannya. FMT



Polis sahkan pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker