Aniq Suhair mahu saman individu tuduhnya hamilkan anak orang

Aniq Suhair mahu saman individu tuduhnya hamilkan anak orang

Pelakon, Aniq Suhair bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwa pelakon itu menghamilkan seorang perempuan seperti yang tular sebelum ini.

Menurut Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, tuduhan itu bersifat jahat di samping merosakkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang selebriti.



“Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.

“Saya telah pun mengarahkan pequam sava untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali itu enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada proses undang-undang.

“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana akan menjejaskan proses undang-undang.



“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sebelum ini tular di platform TikTok apabila seorang wanita mendakwa Aniq Suhair enggan bertanggungjawab selepas menghamilkannya.

Bukan itu itu sahaja, aktor itu juga didakwa meminta wanita berkenaan untuk menggugurkan kandungannya. Utusan

Aniq Suhair mahu saman individu tuduhnya hamilkan anak orang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker