500 rakyat Palestin maut dalam serangan rejim Zionis di hospital Gaza

500 rakyat Palestin maut dalam serangan rejim Zionis di hospital Gaza

GAZA: Kira-kira 500 rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di hospital Gaza semalam yang menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.

Letupan itu adalah insiden paling berdarah di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti terhadap wilayah berpenduduk padat sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas merentas sempadan ke selatan Israel pada 7 Oktober.



Ia berlaku pada malam sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada rejim Zionis itu dalam peperangan dengan Hamas, kumpulan Islam yang memerintah Semenanjung Gaza, dan untuk mendengar bagaimana Israel merancang meminimumkan korban awam.

Menteri Kesihatan dalam kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, Mai Alkaila, menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Seorang ketua pertahanan awam Gaza berkata 300 orang terbunuh dan seorang pegawai Kementerian Kesihatan berkata 500 orang terbunuh.

Di bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki, pasukan keselamatan Palestin melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membaling batu dan melaungkan menentang Presiden Mahmoud Abbas ketika kemarahan rakyat memuncak selepas letupan itu.



Pertempuran dengan pasukan keselamatan Palestin tercetus di beberapa bandar lain di Tebing Barat, yang diperintah oleh Pihak Berkuasa Palestin Abbas, lewat semalam, kata saksi. BH

500 rakyat Palestin maut dalam serangan rejim Zionis di hospital Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker