WHO kecam serangan maut Israel ke atas hospital Gaza

WHO kecam serangan maut Israel ke atas hospital Gaza

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk serangan maut ke atas sebuah hospital di Semenanjung Gaza dan menuntut perlindungan segera kepada orang awam dan penjagaan kesihatan di kawasan Palestin.

“WHO mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Hospital Al Ahli Arab,” kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan.



“Hospital itu beroperasi, dengan pesakit, penjaga kesihatan dan orang terlantar berlindung di sana. Laporan awal menunjukkan beratus-ratus kematian dan kecederaan.”

Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas berkata serangan udara Israel ke atas pekarangan hospital yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal membunuh sekurang-kurangnya 500 orang.

Tentera Israel mengarahkan penduduk di utara Semenanjung Gaza iaitu hampir separuh daripada 2.4 juta penduduknya untuk berpindah ke selatan menjelang serangan darat yang dijangkakan.

“Hospital itu adalah satu daripada 20 kemudahan di utara Semenanjung Gaza yang menghadapi arahan pemindahan daripada tentera Israel,” kata WHO.



“Arahan pemindahan adalah mustahil untuk dilaksanakan memandangkan keadaan tidak selamat, ramai pesakit kritikal dan kekurangan ambulans, kakitangan, kapasiti katil sistem kesihatan, dan tempat perlindungan alternatif bagi mereka yang dipindahkan.

“WHO menggesa perlindungan aktif serta-merta bagi orang awam dan penjagaan kesihatan. Perintah pemindahan mesti diterbalikkan. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dipatuhi, yang bermaksud penjagaan kesihatan mesti dilindungi secara aktif dan tidak pernah disasarkan.”

Puluhan ribu keluarga berpusu-pusu ke hospital di Gaza mencari perlindungan daripada serangan tentera Israel kerana beranggapan akan terhindar daripada serangan pengeboman rejim Zionis itu.

Israel mengebom sasaran di Gaza sejak pejuang Hamas dari wilayah itu menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, mencetuskan perang yang menyebabkan ribuan kematian di kedua-dua pihak.



Kira-kira 3,000 orang telah terbunuh sejak itu dalam serangan udara Israel di seluruh Semenanjung Gaza.

Ahad lalu, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata beliau amat bimbang dengan serangan Israel yang mana orang awam dan kanak-kanak Palestin yang tidak bersalah “membayar harganya”.

“Konflik itu adalah peringatan yang mengerikan mengenai betapa cepatnya kesihatan berjuta-juta orang boleh terancam. Perang tidak akan membawa apa-apa selain kemusnahan dan kengerian.

“Meminta 1.1 juta orang berpindah dari utara ke selatan Gaza dalam tempoh yang begitu singkat akan mewujudkan tragedi kemanusiaan. Pemindahan paksa pesakit dan pekerja kesihatan akan memburukkan lagi bencana kemanusiaan dan kesihatan awam,” katanya.



Sehubungan itu WHO menggesa pemulihan elektrik dan air di Semenanjung Gaza, dan syarat untuk membenarkan “penyampaian makanan, bekalan perubatan dan bantuan kemanusiaan lain dengan segera dan selamat”, kata Tedros. BH

WHO kecam serangan maut Israel ke atas hospital Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker