Permohonan maaf Sanusi bukti Anwar atas landasan yang betul

Tindakan Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri dan beberapa menteri kabinet beberapa hari lalu menunjukkan pemimpin PAS itu mengiktiraf kepimpinan Anwar Ibrahim, kata Amanah.

Malah kata setiausaha agung parti itu, Faiz Fadzil, pemimpin kanan PAS terbabit juga mengiktiraf Anwar sebagai seorang perdana menteri yang semakin diyakini.

“Dia juga sudah memahami konsep federalisme yang memerlukan kerjasama kerajaan pusat dan negeri yang diterapkan dalam pentadbiran Anwar.



“Sama ada permohonan maaf itu kekal atau tidak, ia menunjukkan agenda dan hala tuju kerajaan pimpinan Anwar atas landasan yang betul,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Sanusi secara memohon maaf kepada Anwar dan menteri kabinet semasa berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah pada Sabtu lalu.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS terkenal dengan kelantangannya menyasarkan kritikan terhadap Anwar dan kepimpinan PH-BN.

Malah sebelum ini Anwar sudah mengheret Sanusi ke mahkamah dengan menyaman ahli politik terbabit berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu ceramah Jelajah PN Best Tambun.



Kes tersebut masih berjalan di mahkamah, manakala Sanusi dilarang mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan yang memfitnah Anwar di mana-mana termasuk media sosial sehingga kes berkenaan selesai.

Pertimbang kesan jangka panjang

Sementara itu Pengerusi Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris menyifatkan permohonan maaf Sanusi beberapa hari lalu membuktikan kepimpinan PAS Kedah sudah menerima hakikat.

Katanya ia membayangkan bahawa PAS dan PN tidak mampu mentadbir negeri dengan baik tanpa bantuan dari Putrajaya.



Menurut Asmirul Anuar, pelbagai projek pelaburan apa yang diumum Sanusi dari semasa ke semasa hanyalah “khalayan” yang dihidang kepada orang ramai.

Hakikatnya, kata Asmirul Anuar, ia tidak mencerminkan realiti di negeri Jelapang Padi tersebut.

“Selepas tiga tahun (jadi menteri besar) mungkin dia dah sedar sebagai kerajaan negeri mereka tetap perlu bergantung harap pelbagai peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

“Permohonan maaf terbuka oleh Sanusi itu rata-rata dipercayai kerana pertuturan dan kelakuan ketika di pentas politik yang amat keterlaluan dan tidak profesional dulu tidak menguntungkan mereka.



“Justeru saya mengingatkan Sanusi bahawa setiap pemimpin politik atau ketua kerajaan hendaklah cermat dan berhemah bertutur kerana ia akan menjadi ikutan orang lain,”

Tambah Asmirul Anuar, berbeza parti bukan alasan untuk seseorang bebas berkata apa sahaja tanpa memikirkan kesan buruknya.

Ekoran permohonan maaf tersebut, katanya, kerajaan negeri wajar mengambil sikap buang yang keruh, ambil yang jernih demi kepentingan ramai.

“Janganlah guna ruang politik untuk bercakap apa sahaja tanpa mempertimbangkan implikasi jangka pendek dan panjang,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker