Presiden MIC turun kempen bantu calon DAP, PN panas punggung

Presiden MIC SA Vigneswaran menggesa masyarakat India di Kuala Kubu Baharu mengundi calon Pakatan Harapan kerana Kerajaan Perpaduan dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Vigneswaran yang berkempen untuk calon DAP Pang Sock Tao berkata, tidak banyak dapat dilakukan Perikatan Nasional (PN) untuk komuniti sekalipun calonnya Khairul Azhari Saut menang, memandangkan PN bukan sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Untuk menyelesaikan masalah, anda memerlukan calon daripada kerajaan. Jadi lebih baik jika pengundi memilih calon Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam sidang media hari ini.



Vigneswaran menyuarakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan mampu menang sokongan sekurang-kurangnya 80% masyarakat India.

“Jika Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yakin memperoleh 50% undi masyarakat India, saya berani berkata kita mampu meraih 80% undi India,” katanya.

Semalam Presiden MIPP P Punithan meramalkan lebih 50% pengundi India di Kuala Kubu Baharu akan menyokong calon PN kerana rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Punithan adalah bekas Ketua Pemuda MIC Selangor, dan partinya MIPP secara rasmi menyertai PN bulan lalu.



Bekas pemimpin DAP P Ramasamy yang mengetuai parti India, Urimai berkata, beliau akan bertanding melawan calon PH.

PRK pada 11 Mei akan melihat pertandingan empat penjuru antara Pang, Khairul, Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia, dan calon Bebas Nyau Ke Xin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker