Skandal mata wang 1993: Ku Li salur maklumat pada Kit Siang

Skandal mata wang 1993: Ku Li salur maklumat pada Kit Siang

Ketika Lim Kit Siang menjadi ketua pembangkang pada 1993, beliau mengejutkan negara apabila mendakwa Bank Negara kerugian hampir RM13 bilion dalam tukaran wang asing.

Bagaimanapun, apa yang tidak didedahkannya di Dewan Rakyat adalah sumber kepada maklumat tersebut.



Terkenal sebagai “pemecah skandal”, veteran DAP itu mengemukakan fakta dan angka yang tidak berada dalam domain awam, sekali gus mengejutkan semua Ahli Parlimen. Beliau mendedahkan jumlah keseluruhan kerugian ditanggung bank pusat itu antara RM10 hingga RM12.8 bilion – cukup besar menyamai nilai keseluruhan belanja pembangunan tahunan kerajaan pada era itu.

“RM10 bilion cukup banyak sehinggakan orang biasa tidak mampu membayangkan betapa besarnya. Jika jumlah itu dibahagikan sama rata kepada 18 juta rakyat Malaysia (populasi negara ketika itu), setiap seorang mendapat RM555,” katanya.

Selepas 30 tahun, beliau mendedahkan perkara itu dalam jilid kedua biografinya, “Lim Kit Siang – Malaysian First”: bahawa bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah merupakan individu pemberi maklumat kerugian berkenaan.

Lim berkata, beliau berpandangan adalah lebih baik Tengku Razaleigh sendiri membangkitkannya di Parlimen kerana lebih mahir selok belok topik tersebut, namun Tengku Razaleigh berfikiran pembangkang perlu mendedahkan skandal itu.



Membentangkan senario yang berkemungkinan boleh berlaku, beliau berkata Bank Negara mengalami kerugian besar apabila mencurahkan berbilion ringgit membeli pound British dan beberapa mata wang Eropah dengan harapan mendapat laba, namun sebaliknya berlaku apabila mata wang tersebut merudum pada 1992.

Sambil membuat gesaan dilakukan siasatan diraja, beliau mendakwa Dr Mahathir Mohamad ketika itu menjadi perdana menteri, dan Anwar Ibrahim selaku menteri kewangan, perlu menggalas tanggungjawab penuh dan peribadi terhadap kegagalan berkenaan.

Bagaimanapun, gesaan bagi siasatan terbabit tidak dilayan, walaupun beliau mendakwa kerugian ditanggung boleh mencecah RM30 bilion.

Susulan daripada pendedahan, pegawai Bank Negara, Nor Mohamed Yakcop, satu-satunya individu diberikan kuasa dalam urus niaga mata wang asing, dikeluarkan dan Gabenor Bank Negara ketika itu, Jaffar Hussein, meletak jawatan.



Pada 2017, Suruhanjaya Siasatan Diraja akhirnya dibentuk ketika Najib Razak menjadi perdana menteri namun pada situasi berbeza, apabila Mahathir menyertai pembangkang dalam persediaan menjelang pilihan raya umum (PRU) setahun kemudian.

Dalam laporan 528 muka surat, siasatan berkenaan melaporkan Anwar ketika menjadi menteri kewangan memberi maklumat tidak tepat kepada Jemaah Menteri, manakala Mahathir dipercayai memberi lampu hijau kepada Anwar untuk membuat kenyataan tidak tepat.

Lim kemudian menjadi mangsa kritikan kerana bersekutu dengan individu yang disasarkan siasatan itu. Mahathir diminta menerajui Pakatan Harapan menjelang PRU 2018, dengan Anwar sebagai pengasas PKR merupakan rakan DAP dalam PH.

“Terperangkap dalam situasi janggal, beliau meletakkan diri untuk dipersoalkan terhadap konsistensi politik dan moralnya,” tulis Kee Thuan Chye, pengarang biografi buku berkenaan. FMT



Skandal mata wang 1993: Ku Li salur maklumat pada Kit Siang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker