Budak tercampak keluar dari kereta dirempuh 2 kereta (Video)

Budak tercampak keluar dari kereta dirempuh 2 kereta (Video)

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan kejadian cemas di mana seorang kanak-kanak didapati tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya pada Selasa.

Menerusi video tular itu, kejadian tersebut berlaku ketika kenderaan terbabit sedang membuat pusingan U di sebuah jalan dipercayai di Kota Bharu, Kelantan.



Insiden cemas itu disyaki berpunca daripada kecuaian si penjaga yang tidak mengunci pintu di bahagian penumpang belakang sekali gus mengakibatkan kanak-kanak perempuan itu tercampak keluar. Lebih cemas apabila mangsa kemudian dirempuh dua kenderaan lain yang gagal menekan brek.

Namun, beberapa penunggang motosikal yang menyedari kejadian itu telah datang membantu mangsa. Difahamkan, mangsa dipercayai mengalami kecederaan ringan memandangkan dia dilihat masih boleh berdiri dan berjalan ke arah penunggang motosikal yang membantunya.

Setakat artikel ditulis, pihak polis dipercayai masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian terbabit.
Sumber: TikTok

Budak tercampak keluar dari kereta dirempuh 2 kereta (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker