Pengarah syarikat nasi kandar direman SPRM

Pengarah syarikat nasi kandar direman SPRM

GEORGETOWN: Seorang ahli lembaga pengarah syarikat nasi kandar terkenal di sini, direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penggunaan dokumen palsu bagi tujuan proses penggajian dan penempatan semula pekerja asing.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Nadratun Naim Mohd Saidi, selepas membenarkan permohonan dikemukakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, R Yeohgeswarajen.



Terdahulu, lelaki berusia 43 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah dalam keadaan tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM pada jam 8.56 pagi.

Sumber SPRM berkata, suspek disyaki bersubahat dengan seorang pegawai Jabatan Imigresen Pulau Pinang dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi Program Penggajian dan Penempatan Semula pada Disember tahun lalu.

Katanya, dokumen itu dibuat atas nama seorang individu yang juga pekerja syarikat berkenaan dan dikemukakan kepada Jabatan Imigresen dalam proses penghantaran pulang pekerja asing.

Difahamkan pegawai imigresen terbabit yang juga seorang wanita berusia 32 akan dibebaslam dengan jaminan SPRM selepas dirakam kenyataan dalam tempoh 24 jam.



Kedua-dua individu terbabit ditahan di dua lokasi berasingan di negeri ini semalam dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. BH

Pengarah syarikat nasi kandar direman SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker