AS veto tolak resolusi PBB mengenai konflik Israel-Palestin

AS veto tolak resolusi PBB mengenai konflik Israel-Palestin

Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam untuk ‘pemberhentian kemanusiaan’ berhubung konflik Israel-Palestin.

Ini kerana AS mendakwa resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tidak mengiktiraf hak Israel untuk ‘mempertahankan dirinya’, kata duta negara itu ke PBB, Linda Thomas-Greenfield.



Sejumlah 12 daripada 15 anggota UNSC mengundi menyokong resolusi diketengahkan Brazil itu, yang turut mengutuk ‘serangan ngeri Hamas’, manakala Russia dan United Kingdom (UK) berpendirian berkecuali.

Hanya AS sahaja yang menolak resolusi itu tetapi sebagai salah satu daripada lima negara anggota tetap UNSC, undiannya itu boleh juga diterima sebagai veto.

“AS kecewa kerana resolusi ini tidak menyebut mengenai hak Israel untuk pertahankan diri,” kata Thomas-Greenfield selepas proses pengundian itu.

Tindakan itu dilakukan ketika Presiden AS, Joe Biden, sedang melawat Tel Aviv bagi menunjukkan solidariti serta sokongan teguh AS serta pada masa sama, menggesa Israel membenarkan bantuan disalurkan ke Semenanjung Gaza yang dihujani serangan tentera.



PBB dan badan kemanusiaan memberi amaran bahawa melengahkan lagi bantuna ke wilayah yang bergolak itu akan menyebabkan malapetaka besar krisis kemanusiaan.

Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan, berterima kasih kepada AS kerana menggunakan kuasa veto bagi menolak ‘resolusi yang amat buruk’ dan ‘Washington terus berdiri bersama Israel ketika diperlukan’.

Duta Palestin ke PBB, Rirad Mansour, dalam ucapan kepada UNSC, memberi amaran bahawa ‘membunuh lebih ramai penduduk Palestin tidak akan menjadikan Israel selamat’.

UNSC, dalam resolusinya, ‘dengan tegas mengutuk semua bentuk serangan dan kekejaman terhadap orang awam, serta sebarang keganasan’.



Ia juga ‘dengan sebulat suara menolak dam mengutuk serangan ngeri Hamas… dan tindakan menculik tebusan’.

Teks resolusi itu juga ‘menggesa semua pihak untuk mematuhi sepenuhnya tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa’.

Pertubuhan hak asasi, ‘Human Rights Watch’, dalam mesej di X, mengutuk undi veto AS kerana ia menghalang UNSC ‘bertindak terhadap Israel dan Palestin ketika berdepan dengan tahap kemusnahan yang tidak pernah disaksikan.

Kementerian Luar Brazil, yang kini adalah presiden UNSC berdasarkan penggiliran secara bulanan, turut kecewa dengan tindakan AS menolak resolusi itu menggunakan kuasa veto, sama seperti UNSC.



“Brazil menganggap adalah penting dan perlu disegerakan oleh masyarakat antarabangsa untuk menguatkuasakan gencatan senjata dan kembali kepada proses damai,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Pengundian itu dilakukan selepas UNSC pada Isnin menolak resolusi dikemukakan Russia, yang mengutuk peningkatan keganasan di Asia Barat.

Resoluai terbabit tidan menamakan Hamas secara khusus berhubung serangan mengejut terhadap Israel pada 7 Oktober, dan ia ditolak anggota tetap UNSC iaitu AS, UK, Perancis dan Jepun.

Serangan terhadap Israel itu menyaksikan sekurang-kurangnya 1,400 orang maut dan pejuang Hamas menculik 199 tebusan.



Israel membalas serangan dengan bedilan udara has yang setakat ini mengorbankan 3,478 nyawa, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. AFP

AS veto tolak resolusi PBB mengenai konflik Israel-Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker