Punca Siti Jamumall bercerai

Punca Siti Jamumall bercerai

Pempengaruh dan usahawan kontroversi, Siti Jamumall kembali menarik perhatian netizen apabila mendedahkan pernah hanya mendapat RM50 setahun sebagai nafkah masih bersama dengan bekas suami.

Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad untuk bercerai tahun lalu.



“Sebelum ini ramai tanya kenapa saya cerai. Kalau nak tahu, saya pernah dapat RM50 saja nafkah dalam masa setahun. Paling banyak pun RM200.

“Saya pernah cakap dengan dia (bekas suami) perkara ini tapi, mujur saya ini wanita jenis yang berdikari dan tidak mahu bergantung harap sepenuhnya dengan dia. Jadi, saya bekerja dan berniaga menerusi sesi siarang langsung.

“Malah pernah hari di mana sebelum bersalin anak kedua saya masih sempat selesaikan semua pesanan orang untuk dihantar. Selepas itu baharulah saya ke hospital. Sampai tahap macam tu saya kena cari duit sendiri,” katanya di TikTok.

Jun tahun lalu, nama Siti tular di media sosial apabila dia membuat live di Facebook mendakwa anaknya yang baru dilahirkan telah tertukar semasa dibawa pulang dari hospital.



Menurut Siti, perceraian adalah jalan terbaik buat dirinya kerana tidak mahu hidup dalam suasana rumah tangga dan perhubungan yang toksik.

“Saya tidak mahu terus membiarkan diri terseksa dengan menanggung ‘biawak hidup’. Diakui apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya.

“Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.

“Saya dari umur 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan emak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri,” katanya.



Siti Jamumall dan suami bercerai dengan talak satu pada Disember tahun lalu selepas empat tahun membina rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2. MG

Punca Siti Jamumall bercerai

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker