Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios

Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios

PROTON berkemungkinan memperkenalkan model sedan terbaharunya ke pasaran pada November ini, demikian menurut Penganalisis RHB Research, Syahril Hanafiah.

Beliau berkata, mengikut makluman, sebanyak 28 unit model PROTON berdasarkan kod nama ‘SS11’ mula dipasang di kilang PROTON Tanjung Malim pada September lalu, yang mungkin menjadi model sedan baharu dijadualkan diluncurkan menjelang akhir 2023.



Katanya, kod nama ini bertepatan dengan butiran yang dinyatakan dalam artikel terbitan Paultan.org pada Julai lalu.

“Kami berpandangan model baharu ini yang mungkin dalam reka bentuk segmen C, akan dijual pada harga melebihi Proton Persona (harga bermula RM47,800), namun lebih rendah daripada Proton X50 (harga bermula RM86,300).

“Memandangkan Proton X90 pertama kalinya dipasangkan pada Mac 2023, tetapi dilancarkan pada Mei, kami fikir model baharu ini berkemungkinan akan dilancarkan pada November,” katanya dalam satu nota penyelidikan mengenai sektor automotif.

Difahamkan, model sedan baharu PROTON akan diambil daripada ‘rebadge’ model Geely Emgrand dan akan bersaing dengan sedan segmen B seperti Toyota Vios, Honda City dan Nissan Almera.



Dalam perkembangan lain, Syahril berkata jumlah jualan industri (TIV) pada September yang mencecah 68,000 unit telah menjadikan TIV untuk sembilan bulan pertama 2023 kepada 572,000 unit, iaitu 79 peratus daripada unjuran yang ditetapkan oleh RHB Research sebanyak 725,000 unit.

“Meskipun satu lagi rekod TIV baharu berkemungkinan besar bakal dicatat tahun ini, kami kekalkan saranan ‘neutral’ (terhadap saham syarikat berkaitan automotif) kerana kurangnya pemangkin untuk sektor ini mengekalkan momentum jualannya pada 2024.

“Kami berpendapat jualan mungkin akan melemah dalam tempoh setahun. Pilihan utama kami ialah Bermaz Auto disebabkan jualan keretanya yang agak bertahan dan kadar hasil dividen sembilan peratus,” katanya.

Berdasarkan perbandingan bulan sebelumnya, September menyaksikan prestasi lebih lemah daripada pengeluar-pengeluar kereta utama, iaitu PROTON (-12.3 peratus), PERODUA (-6.8 peratus), Honda (-16.3 peratus), dan Toyota (-10.2 peratus).



Dari segi pengeluaran, jumlah pengeluaran industri (TPV) mencatat kenaikan dua peratus berbanding bulan sebelumnya, disumbang oleh PERODUA (2.0 peratus), manakala jenama-jenama utama lain menunjukkan penurunan iaitu Honda (-17 peratus), Mazda (-12 peratus), Toyota (-6.0 peratus), dan PROTON (-2.0 peratus).

Sementara itu, Syahril berkata kenderaan elektrik (EV) membentuk satu peratus daripada TIV dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding hanya 0.4 peratus pada 2022.

“Dalam segmen ini, kami yakin BYD sedang menerajui penggunaan EV tempatan. Ia merangkumi 36.9 peratus daripada jumlah pasaran EV tempatan pada sembilan bulan pertama 2023, hanya lima bulan selepas kemasukannya ke Malaysia hasil daripada harga yang murah berbanding prestasinya.

“Namun begitu, kami berpandangan bahagian pasaran EV akan terus berlegar sekitar paras semasa dan hanya akan meningkat dengan ketara selepas 2025 apabila harga lantai EV jenis CBU (import sepenuhnya) iaitu RM100,000 berakhir, dan apabila pengeluar kereta tempatan menawarkan EV mereka sendiri,” katanya. BH



Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker