Dulu Pelakon Kini Pramugara

Pelakon Dunia Baru Wan Ellyas kini menjadi pramugara

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Sebut sahaja drama dan filem Dunia Baru, pasti ada daripada anda yang masih ingat akan babak-babak dalam drama atau filem tersebut bukan? Malah, mesti ada daripada anda yang masih ingat akan pelakon yang pernah membintangi naskah tersebut.

Terbaru, sebuah video memaparkan Wan Ellyas yang merupakan seorang pelakon tular di media sosial apabila dia rupanya kini bekerja sebagai seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan Malaysia.



Menerusi video tersebut, pemilik video yang merupakan rakan sekerja Wan Ellyas mengatakan bahawa disebabkan popularitinya sebagai pelakon, ramai penumpang mahu bergambar dengannya apabila dia ‘on duty’.

Video itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memanggilnya Tajol iaitu wataknya dalam drama dan filem Dunia Baru serta tidak sangka bahawa dia kini bekerja sebagai pramugara.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengimbau kembali babaknya sebagai Tajol dalam Dunia Baru dan mengatakan dia dari zaman belajar memang rajin bekerja.

Untuk rekod, Wan Ellyas memulakan kerjayanya menerusi drama Dunia Baru pada tahun 2006 dan hasil pemerhatian kami, dia turut berlakon dalam drama TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali pada tahun lalu. VC



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker