Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Dimuatnaik oleh akaun TikTok @jessjsc dengan nama Princess Jessica pada minggu lalu viral saat seorang transgender kembali fitrah sebagai lelaki ketika menunaikan ibadah umrah. Biarpun transgender itu telah mengubah penampilan fizikalnya menjadi cantik seperti wanita, ketika mengerjakan umrah dia tetap memilih untuk menjadi seorang lelaki.

Dalam video yang dimuat naik @jessjsc itu, transgender itu dilihat hanya memakai dua helai kain ihram seperti jemaah lelaki umumnya ditemani kedua-dua orang tuanya.

Saat dia mengerjakan umrah, dia tidak dapat menyembunyikan kecantikan yang jelas terpancar di wajahnya. Dalam muat naik video nya dia berkata,

“Sehingga kini, saya masih memohon kepada Allah agar dipanjangkan kesabaran saya, dan diberi kemudahan untuk beribadat di rumahNya dengan aman tanpa diserang oleh tentera. Saya minta kawan-kawan mendoakan saya kuat sehingga selesai ibadah umrah”- tulisnya di ruangan kapsyen.

Wajahnya licin, kening kemas, kulit cerah dan rambut perang yang panjang dan bergelombang. Melihat perkara ini, jemaah lelaki lain bingung. Princess Jessica sempat berkongsi video bagaimana reaksi jemaah lain melihat penampilannya.

Bukan sahaja ketika menjalankan ibadah umrah, transgender itu juga tampil sebagai seorang lelaki dalam kehidupan seharian ketika berada di tanah suci. Daripada bertudung, dia tampil lebih berjubah putih dan berserban.

Dia tidak kisah apabila orang ramai keliru dengan wajah cantik dan penampilannya yang kelihatan tidak selaras. Malah dengan selamba dia mengajak jemaah lelaki lain untuk bergambar bersama.

Apa yang dilakukan oleh transgender itu segera mendapat pujian daripada netizen. Ramai juga yang mendoakan agar beliau mendapat hidayah dan dapat kembali menjadi insan yang sempurna.

“InsyaAllah semua akan kembali kefitrah ya selalu semangat beribadah serahkan semua kepada Allah SWT”- tulis netizen

“Allah memandangmu dari sisi lainnya..abaikan saja penilaian manusia..yg penting Allah memandangmu ya ganteng”- tulis netizen.

Dalam pada itu, sebelum ini Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pernah menjelaskan bahawa wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya,

Beliau mengulas isu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Makkah.

Menurutnya, perbuatan mengenakan pakaian bukan mengikut jantina asal tetap haram dan dikira berdosa walaupun mematuhi rukun umrah.

“Malah, beliau boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian),” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.

Katanya, perkara itu bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433H dalam kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji. Mr

[videopress tQWCQ1oI]

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker